Isnin, 23 November 2009

Bapak Polisi Syariah

Salamullahi alaikum warahmatuhu Wabarakatuh

Lama menyepi kerana menumpukan pada kerja pengkeranian di sekolah yang tak pernah putus selagi mana nafas tak putus.

Bukan sekadar menjadi diari peristiwa yang dilalui tetapi ada idea di sebalik peristiwa yang jika kita laksanakan tentu manfaatnya besar InsyaAllah.

Petang tadi ketika melalui perjalanan di sempadan antara Kedah dan Perlis, kenderaan yang dipandu saya dan rakan melintasi satu sekatan jalan raya. Terungkap cerita pengalaman rakan tadi tentang pengalamannya ketika di Acheh, Indonesia. Ceritanya, di Acheh Indonesia apabila ada satu-satu sekatan jalan raya akan ada bersama Bapak Polisi (Polis) di situ yang dipanggil Bapak Polisi Syariah (Polis Syariah), bapak polisi syariah berfungsi memeriksa pemandu dan penumpang sekiranya ada di antara mereka yang bukan mahram, sekiranya di dapati ada lelaki dan wanita si Bapak Polisi Syariah akan meminta pengenalan sama ada dapat dibuktikan mereka adalah pasangan suami isteri atau bersaudara. Tujuannya bagi mengelakkan adanya pasangan bukan mahram berdua-duaan dan dapat mengurangkan perlakuan zina.

Jika mengimbau kembali satu ketika Dr. Asri menjadi mufti Negeri Perlis dahulu, pelbagai isu ditimbulkan dan diperhangatkan beliau dan salah satu isu yang tidak dapat dilupakan ialah berkaitan "Tajassus" atau diertikan sebagai Intipan. Intipan yang dimaksudkan ialah intipan terhadap pasangan yang melakukan perbuatan (maksiat) dan perzinaan. Mungkin betul tindakan Bekas Mufti tersebut kerana mengaplikasikan larangan Allah yang melarang melakukan intipan kesalahan dan keburukan Muslim yang lain, tetapi dalam masa yang sama menjaga maslahah yang lebih besar perlu diambil kira. Mungkin perbuatan mengintip dilihat sebagai tidak berakhlak dan tidak beretika tetapi perlu ada satu langkah untuk menyelesaikan seterusnya membasmi perlakuan zina dan apa sahaja yang menjurus ke arah perzinaan.

Pendekatan yang dilakukan oleh pemerintah Banda Acheh seperti diceritakan di atas boleh diaplikasikan di negara ini dan khususnya di Negeri Perlis ini, apatah lagi negeri ini meletakkan Sunnah wal Jamaah sebagai dasar. Daripada membiarkan pasangan bukan mahram bersekedudukan, lebih baik dicegah lebih awal seperti satu kaedah fiqh yang berbunyi "al Wiqayah Khairun minal I'laj" atau 'Pencegahan itu lebih baik daripada mengubati". Jika di Acheh sana kerajaan pemerintah melantik Polis Syariah mengapa tidak polis di negara kita melakukan operasi sekatan jalan raya bersama-sama Jabatan Agama Islam Negeri di samping mengenakan hukuman kepada pasangan yang disabitkan dengan kesalahan menghampiri zina sesuai dengan larangan Allah yang bermaksud "Janganlah kamu menghampiri zina".

Hakikatnya jika benar seseorang pemerintah itu inginkan Islam,walaubagaimana sukar sekalipun ia akan ushakan untuk melaksanakan hukum-hakam Allah. Tetapi jika hanya sekadar mengakui tanah yang dipijak dan langit yang dijunjung adalah Islam, sebaliknya segala peluang dan ruang perzinaan disediakan, maka jelaslah pemerintah dan ulamak yang bersekongkol sekadar mencari populariti serta menjadi penipu di sebalik lakonan mereka untuk mengambil hati masyarakat yang jahil.

Rabu, 23 September 2009

Program Jinak Mat Rempit

Lafaz yang mulia nan tiada yang seindahnya, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....

Merujuk satu bahagian daripada surat khabar tempatan bertarikh 19 September 2009 bertajuk Program Jinak Mat Rempit. Ingin saya lontarkan sekilas idea semoga dengan sedikit sentuhan ini bakal membuka "otak" masyarakat kita untuk berfikir dengan lebih kritis dalam sesuatu perkara.

Istilah Mat Rempit sangat sinonim dengan penunggang motorsikal, bahkan pelbagai pentafsiran telah dihuraikan oleh pakar dan yang bukan pakar bahasa berkaitan Mat Rempit. Acapkali juga artikel dan luahan pendapat tentang mat rempit diterbitkan di dada media massa sama ada surat khabar atau pun majalah.

Namun suka saya fokus kepada tajuk yang terpampang di dada akhbar seperti yang tersebut di atas, begitulah kroniknya keadaan sejenis manusia yang digelar atau diselar 'Mat Rempit'. Bukanlah tulisan ini bertujuan menghina mat-mat rempit kerana golongan ini perlukan bimbingan untuk berfikir dengan normal dan mengetahui bagaimana menyalurkan keberanian diorang ni. Ironinya masyarakat lebih suka menghukum golongan ini dari memperbaiki serta menilai apakah silap kita sebagai masyarakat yang saling bergantungan sesama sendiri, mungkin mendalam maksudnya tetapi lebih elok difikirkan bersama.

Meletakkan istilah 'menjinakkan' amatlah tidak sesuai apatah lagi dalam sesuatu program yang bertujuan untuk memperbetulkan manusia ke arah lebih positif. Menjinakkan biasanya digunakan untuk binatang liar agar tidak menjadi liar lagi dan boleh didikati manusia, tetapi menamakan Program Jinak Mat Rempit umpama meletakkan mat-mat rempit setaraf dengan bintang liar, bukankah mereka juga manusia seperti kiita? hukamak pernah berkata yang lebih kurang maksudnya "kalau batu dibentuk dengan batu akan meretak dan pecahlah batu itu, tetapi kalau dibentuk dengan air akan berubahlah bentuknya."

Malaysia mempunyai begitu ramai pakar bahasa yang diiktiraf kepakaran mereka, mengapa tidak dirujuk terlebih dahulu kesesuaian sesuatu istilah yang hendak digunakan agar tidak disalah fahami hatta menyebabkan rasa tidak senang hati terhadap sesuatu pihak. Justeru, berfikir dahulu sebelum berbahasa, kalau tidak sia-sialah kempen kerajaan yang dah berbuih-buih agar berbudi bahasa “berbudi bahasa budaya kita.”

Selasa, 25 Ogos 2009

Minda Orang Kedah dan Perlis

Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pencipta setiap makhluk

Kedah dan Perlis bukanlah dua buah negeri yang berbeza pada asalnya kerana menurut sejarah lama Perlis juga sebahagian dari Negeri Kedah. Tidak ingin saya huraikan tentang sejarah silam atau menjadi pakar antropologi mahupun historis tetapi apa yang ingin dicetuskan di sini adalah tentang minda dua golongan, meskipun keduanya serumpun tetapi berbeza mindanya.

Apa yang saya timbulkan bukanlah suatu pemerhatian atau kajian yang tepat tetapi sekadar sekilas pandang setelah melihat beberapa kali perbezaan masyarakat di kedua-dua negeri ini.
Mudah-mudahan cetusan spontan ini boleh menyedarkan kita khususnya masyarakat Perlis Indera Kayangan ini atau mungkin lebih manis Darul Sunnah.

Kesinambungan idea ini timbul sangat berkaitan dengan H1N1 yang melanda negara kita sekarang ini dan kesedaran masyarakat dalam menangani musibah sebegini. Saya mula memikirkan tentang persoalan apakah sebilangan besar masyarakat di Negeri Perlis ini jenis yang degil atau adakah kebanyakan penduduk negeri ini sangat susah untuk menerima perubahan?

Apa yang dapat dilihat ketika saya berada di pusat-pusat memebeli belah antara di Kedah dan Perlis saya boleh melihat perbezaan antara pengunjung tempat-tempat ini, di Kedah lebih ramai yang memakai "topeng muka" (face mask) sebagai langkah pencegahan H1N1 berbanding negeri Perlis, bahkan pernah terdengar suara ketika saya sedang membeli juadah berbuka di satu tapak jualan di Perlis ini, katanya "buat apa pakai topeng, bukannya kita sakit".

Banyak lagi perbezaan yang ada anatara dua negeri ini kalau hendak dibandingkan, sekalipun serumpun dari segi bangsa, slang atau telor bahasanya tetapi sangat berbeza dari sudut mindanya. Suka disimpulkan di sini, sedar dan berubahlah penduduk Perlis yang belum sedar di mana kedudukan kita (Rakyat Perlis). Meski negeri kecil tetapi di mana kemajuan fizikal yang boleh dibanggakan. Di manakah tokoh dan ilmuwan kita yang sudi memimpin dan menasihati kejahilan penduduk negeri ini? melainkan dipinjam dari negeri orang.

Fikirlah sahabat-sahabat senegeriku, buktikan kebenaran dan kenyataan kita adalah Darul Sunnah yang sebenar, berubahlah dari kejahilan kepada kebenaran.

Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1 Peringatan Allah kepada yang lupa





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sebagai permulaan kalam bicara ingin saya petik satu firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia : Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”
Sedang kita menangisi kematian dan kesakitan akibat serangan wabak merbahaya yang pelbagai gelaran khususnya H1N1 atau pun selsema babi ketika ini, seharusnya kita bersyukur juga kerana Allah masih mengirimkan "musibah" seperti ini agar kita sama-sama menyedari kealpaan dan keingkaran kita dalam melaksanakan perintahNya. Allah s.w.t telah memberikan pelbagai nikmat kepada manusia sepanjang menyelusuri kehidupan, tetapi malangnya manusia semakin lupa dan jauh daripadaNya.

Ayuh kita fikirkan mengapa "tentera Allah" ini bermula dari negara-negara Eropah sedangkan mereka sangat terkenal dengan penjagaan kebersihan hatta tandas sekalipun selalu diibaratkan bilik tidur.(llink: http://pak-utih.blogspot.com/2009/05/misteri-asal-usul-virus-h1n1-swine-flu.html) Bukankah negara-negara ini yang menjadi dalang dan penyumbang besar dalam agenda kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin bahkan menjadi pelopor kepada propaganda "Kuffar laknatullahu a'laihim" meranapkan kebangkitan Islam seluruh dunia. Tidakkah merekalah yang menjadi nadi utama menyuburkan Islamofobia dengan mengatur segala kejahatan yang diletakkan atas nama Islam, sehingga seluruh dunia memandang hina kepada Islam, bahkan umat Islam sendiri meminggirkan Islam. Sedikit sebanyak anda dapat meneka jawapan terhadap persoalal-persolan ini.

H1N1 Sebagai Balasan Allah

Saudara-saudari yang dirahmati Allah, fikirkan sejenak kedatangan ujian dan dugaan seperti ini adakah sebagai balasan Allah kepada manusia yang ingkar terhadap perintahNya. Jawapannya jelas berada di hadapan, realiti semasa menunjukkan keangkuhan manusia melanggar perintah Allah secara terang-terang. Bermula dari pucuk pimpinan yang sanggup menolak hukum Islam dalam kata-kata mereka, sehingga para ulamak yang berfatwa kerana menjaga 'periuk nasi' dan demi memenuhi 'temolok' yang tidak pernah penuh, begitu juga rakyat yang juga masyarakat yang semakin menyanggahi moral kemanusiaan dan menjadi buta adat resam sendiri. Apatah lagi, remaja yang sentiasa 'kebulur' akan hiburan yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Sedarlah semua itu merupakan agenda Kuffar yang mahu menghapuskan mentaliti keIslaman di dalam jiwa generasi kita, seterusnya akan datang pula agenda Kuffar yang akan menghapuskan terus jiwa kita seperti mana yang dilakukan di Palestin dan seumpamanya. Sekiranya ini merupakan Bala' kerana kita turut bersubahat dan bersekongkol dengan Kuffar (Yahudi dan Kristian) maka patut kita sedari dan muhasabah kembali tentang wala' atau kepercayaan yang kita berikan kepada pemimpin tersebut sebelum bala' yang lebih besar mendatang.

H1N1 Satu Peringatan Allah

Allah s.w.t. sering mengingatkan manusia agar sentiasa berfikir yang mana banyak terdapat di dalam al-Quran apabila perkataan seperti "mudah-mudahan kamu berfikir" dan seumpamanya, Tetapi malangnya hanya segelintir yang membaca dan cuba memahami ayat-ayat Allah itu. Oleh kerana kemalasan manusia dan memandang enteng terhadap peringatan Allah, maka tidak hairanlah sekiranya Allah s.w.t mengirimkan peringatan seumpama wabak H1N1 ini supaya manusia kembali memikirkan kekuasaanNya yang Maha Hebat. Namun kita masih hairan dengan sikap angkuh manusia terutama yang mengakui keimanannya kepada Allah, mereka masih meletakkan logikal akal sebagai pengukur kepada kedatangan wabak ini, tanpa memikirkan siapakah yang berkuasa mendatangkan wabak H1N1 ke atas manusia. Adakah ini sifat Mukmin atau sifat Munafik (lidahnya mengakui beriman sedangkan hatinya kufur)?.


Sedarlah sahabat-sahabat bahawa sekiranya kita kembali berfikir dan mengambil sikap bermuhasabah di atas apa jua yang diciptakan Allah sama ada ia berbentuk positif atau tidak nescaya kita akan merasakan kecil serta kerdilnya kita berbanding kekuasaanNya yang Maha Hebat. Percayalah bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan itu tidak diciptakan dengan sia-sia.






Ahad, 5 Julai 2009

Guru Bukan Balaci atau Pencacai Ibu Bapa Murid

Assalamualaikum.....Salam sejahtera

Maaf jikalau tajuk yang dilontarkan agak keras bahasanya kerana dari tajuk ini pembaca sudah dapat meneka maksud yang akan d sampaikan. Suka saya jelaskan inilah hakikat darjat guru-guru masa kini dan mungkin seterusnya, kerana ibu bapa sudah tidak tahu menilai kehadiran guru dan kepentingan mereka dalam menjana masyarakat yang berguna, selain hanya menjadikan kaum guru sebagai tempat untuk mengambil kesempatan. Sedarlah ibu bapa seandainya setitis ilmu yang terserap di dada anak anda tidak kami redhai, sekalipun anak anda menjadi Perdana Menteri maka dialah Perdana Menteri yang paling tidak berguna.

Dahulu

Suatu masa dahulu guru berada di tempat yang mulia kerana guru disanjung kerana gurulah pelita yang membakar diri demi menerangi kegelapan dan kejahilan anak kita menjadi manusia yang celik huruf dan berguna kini. Ketika itu guru dianggap pembawa kebenaran dan apa sahaja yang terbit dari lidah mereka dipegang serta diakui sebagai suatu ilmu. Guru dijadikan contoh dan menjadi rebutan anggota masyarakat untuk bersama mereka, tidak hairan kalau ada orang-orang tua dahiulu yang tidak segan menawarkan anak untuk dijadikan menantu kerana berbangga dapat bermenantukan seorang guru.

Sekarang

Ibu bapa yang kurang cerdik atau lebih tepat kurang berpelajaran bertindak membenarkan apa sahaja yang diadukan oleh anak tanpa terlebih dahulu mengkaji adakah ia benar atau salah faham, maka ibu bapa yang jahil murakkab ini bertidak menyerang guru, sama ada berbentuk tindakan fizikal atau ugutan. Ada pula waris yang cerdik sikit dari yang jahil murakkab yang menunggu kesempatan kalau-kalau boleh buat kes saman menyaman, nak cepat kaya agaknya.




Khamis, 4 Jun 2009

Ah Long dan PTPTN Sama Ja Kut?

Assalamualaikum......

Sebagai manusia kita selalu berada dalan kecelaruan dan sentiasa mencari petunjuk, maka sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Allah. Seandainya ini satu tanggapan yang tidak pasti maka janganlah ambil peduli tetapi jika ada kebenarannya maka fikirkanlah logiknya, mudah-mudahan yang terasa ada kesahihannya akan mengambil iktibar dan lebih elok kalu diambil tindakan yang sesuai serta memudahkan orang yang menjadi mangsa PTPTN itu.

Sedap kalau dimulai dengan cerita-cerita kerakusan dan kedurjanaan ah Long ini, kisah pertama ialah seperti yang digembar-gemburkan oleh media serta wacana perdana dalam sehari dua ini, apabila ah Long bertindak mengurung, merantai dan menyiksa peminjam duit mereka secara kejam seperti haiwan. Sama juga la dengan PTPTpu pun (PTPTN le tu), bezanya cuma si ah Long mengurung mangsanya dan merantai mereka dengan rantai besi atau mengurung di dalam jeriji besi, tetapi PTPTpu pulak mengurung dan merantai mangsa-mangsa mereka dengan surat lawyer, mahkamah dan undang-undang. Lebih kurang sama je kan?

Seterusnya berkaitan keterpaksaan untuk meminjam duit, logiknya orang terpaksa meminjam duit kerana keadaan yang memaksa berbuat begitu. Maka sesetengah mereka yang meminjam dengan ah Long disebabkan tiada tempat lain lagi yang sanggup meminjamkan duit apatah lagi meminjam dengan ah Long tidak memerlukan proses yang panjang. Samalah dengan PTPTpu yang datang ke kampus semasa awal-awal menjejakkan kaki di kampus (minggu orientasi), selepas taklimat lebih kurang sejam di samping menyerahkan borang pinjaman, maka pelajar diberi tempoh seminggu atau dua minggu untuk mendapatkan tandatangan saksi dan yang berkaitan (tak la susah sangat nak tandatangan saksi tu, ramai sedara-mara yang berpangkat pegawai), maka termeterailah pinjaman PTPTpu tersebut kerana nak sambung belajar mencari ilmu. Ilmu itu pula nak digunakan untuk membantu kerajaan dan masyarakat tetapi kerajaan pula tidak tahu nak membantu rakyatnya yang berkobar-kobar nak membantu kerajaan. Kalau ada orang kata kerajaan cekik darah, ada pula yang melenting dan melompat. Memanglah kerajaan yang membayar gaji tetapi pusingan duit dan jasa rakyatlah kerajaan mampu membayar gaji rakyatnya, betul tak?

Begitu juga berkaitan bunga yang ditagih oleh ah Long, lebih kurang sama la konsepnya dengan PTPTpu. Persamaannya ialah dari sudut bunga yang berlebihan, dalam 360 yang pernah dipaparkan sebelum ini tentang kekejaman ah Long apabila mengenakan bunga sebanyak RM50 sehari bagi pinjaman sejumlah RM 1000. Kejam bukan? yang nak difokuskan ialah 'berlebihan' dan 'kejam'. Sekalipun PTPTpu tidaklah setinggi itu bunganya atau bahasa 'mereka' sebagai caj perkhidmatan yang walau hanya 3%, tetapi dengan jumlah peminjam yang puluhan ribu orang 'aset negara' kini maka ia satu jumlah keuntungan yang luar biasa. Maka ia (PTPTpu) yang asal penubuhannya merupakan tabung biasiswa untuk anak bangsa mengapai cita-cita mereka di Menara Gading akhirnya menjadi 'pencekik darah' yang akan 'membankrupkan' dan menyekat poket anak bangsa dari terisi. Mahunya tak bankrup apabila 'loyar-loyar' yang diupah entah dari mana melayangkan surat-surat merah ke hidung peminjam PTPTpu ini, tertera pula kos dan caj surat merah tersebut ditanggung oleh peminjam. Sudahlah pinjaman tidak mampu dibayar ditambah pula caj yang bukan-bukan. Caj yang berlebihan dan penganiayaan itulah yang disebut sebagai kejam.

Akhir sekali ialah adanya unsur helah dan penipuan, jikalau ah Long penipuannya kerana tiada dokumen yang dimeterai ketika berlakunya pinjaman dan kononnya saling mempercayai antara dua pihak. Lain pula yang dilakukan dek PTPTpu, apabila berita mengembirakan diumumkan dalam beberapa media utama bahawa caj PTPTN akan diturunkan dari 3% ke 1%, maka berkobarlah sesetengah peminjamnya untuk mula membayarnya dek kerana terasa kurang tekanan deritanya. Malangnya caj 1% yang dijanjikan hanya diberikan untuk peminjam yang membayar secara konsisten. Tetapi bagaimana dengan peminjam yang segulung ijazah mereka masih belum diterima untuk menghasilkan pendapatan yang membolehkan mereka membayar semula pinjaman PTPTpu. Atau mereka yang lambat beroleh kerja, apatah lagi sepanjang beberapa tahun ini ekonomi kurang memberansangkan dan belanja hidup yang semakin meningkat. Ada pula yang mengikat perut kerana berazam untuk membayar PTPTpu ini. Bagaimana kualiti kerja akan meningkat jika pekerja yang tinggi potensinya terpaksa berlapar dan kurang berdaya. Disebabkan penipuan dan tekanan beginilah maka pilihan terbaik ialah mencari dan merebut peluang sekiranya ada cara mengembalikan PTPTN yang umpama ah Long kepada tabung biasiswa seeloknya dialu-alukan. Imbas kembali ketika pilihanraya umum yang lalu pasti anda mendengar tawaran seumpama ini....

Jumaat, 10 April 2009

Berlumba Ke Arah Kebaikan Ada Batasnya

Aku Berlindung Kepada Allah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari Kesesatan Syaitan yang Direjam,

Bismillahirahmanirahim,

Mafhum Firman Allah SWT "Berlumbalah kamu ke arah melakukan kebaikan", begitu juga satu Mafhum firman Allah SWT " Bersegeralah kamu ke arah memohon keampunan dari Tuhanmu", dapat difahami secara umum maksud serta apa yang perlu diterjemahkan daripada firman Allah tersebut bahawa suruhan Allah kepada hambanya untuk berlumba dan bersaing untuk mendapatkan keredhaan Allah di samping memelihara keutuhan agama dengan mencari 'MaghfirahNya'.

Allah menganjurkan hamba-hambanya agar bersegera dan sentiasa istiqamah dalam melakukan amal kebaikan, dalam pada itu Allah juga melarang sikap melampau dalam setiap perkara yang kita lakukan. Jelas di sini bahawa perlu ada keseimbangan dalam membuat sesuatu amal kebajikan, dengan cara menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai kayu pengukur atau untuk memudahkan lagi ialah dengan menjadikan orang alim serta ulama sebagai mursyid (penunjuk jalan kebenaran)

Realiti yang berlaku kini ialah ramai di kalangan kita suka menjadikan agama sebagai muka depan, menutup segala matlamat sebenar yang bersifat keduniaan. Lebih jelas disebut mempergunakan agama demi kepentingan diri serta mengenyangkan puak kroni. Dari itu, ramai yang mengakui diri mereka sebagai ulamak sedangkan ilmu di dada belum diakui kejituan dan kemantapannya.

Tiada halangan untuk mengejar dan berlumba ke arah memperbaiki diri di samping mengajak serta menyeru mesyarakat agar menjadi lebih baik, apatah lagi jika ajakan itu bertujuan untuk menambahkan lagi kefahaman tentang ilmu Agama. Oleh itu, apa jua instrumen atau bentuk usaha yang dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut sangat digalakkan (asalkan menurut kaedah dan tidak bertentangan dengan hukum syarak), walaupun menggunakan pelbagai nama sama ada Majlis Agama, KAFA, PAFA atau j-QAF serta bermacam-macam jenis nama lagi yang tak tersebut di sini. Jika semua nama-nama ini dijadikan platform untuk menjana masyarakat agar memahami syariat Allah dan mengamalkannya dalam kehidupan, maka seharusnya tidak ada perselisihan atau dengki mendengki sesama sendiri kerana akhir perjuangan adalah sama. Iaitu untuk menggapai keredhaan Allah s.w.t.

Selasa, 7 April 2009

Langit Tak Selalunya Cerah

Dengan lafaz Bismillah dimulakan peringatan ini agar kita sama-sama mendapat pengajarannya InsyaAllah.........

Hidup tidak selalunya indah......
Langit tak selalu cerah..........

Begitulah satu ungkapan lagu nasyid yang tidak lapuk didendangkan oleh corong speaker radio atau TV di Malaysia, sekalipun jarang-jarang diperdengarkan oleh media elektronik negara ini yang diakui Keislamannya oleh segelintir sahaja, atau mungkin selain dari yang 'segelintir' itu berasa was-was nak mengakuinya, walLahu a'lam.

Selasa, 24 Februari 2009

Kehebatan Guru Bukan Pada DGnya

BismilLahirahmanirrahim.......

Suka saya sebutkan mafhum firman Allah sebagai al-Furqan dan Busyra kepada manusia yang bermaksud "Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu (manusia) adalah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu".

Daripada mafhum ayat di atas kita boleh memahami bahawa asas kepada kemuliaan yang menjadi ukuran di sisi Allah ialah ketaqwaan. Oleh itu muhasabah yang benar-benar berkesan perlu dibuat supaya apa jua institusi yang wujud khususnya pusat pentarbiahan seperti sekolah berasaskan kepada Taqwa. Maka ketaqwaan tidak akan lahir sekiranya setiap komponen yang menghidupkan institusi tersebut tidak menyingkirkan anasir-anasir keji di dalamnya.

Komponen utama yang meneruskan survival sekolah contohnya, pastinya adalah guru kerana gurulah proses tarbiah (mendidik) itu berlangsung. Dari situ guru perlu sedari seandainya guru tidak cuba berubah dengan menolak sikap dan sifat negatif yang terpahat dalam diri kepada yang yang lebih baik, maka murid yang menerima didikan dari hati yang kotor pasti akan menghasilkan murid yang tercemar spiritualnya. Justeru, murid yang sakit rohani dan akhlaknya tidak boleh disalahkan kerana yang 'melahirkan' jiwa-jiwa ini ialah 'ibu' yang kotor dan busuk jiwanya.

Jiwa yang kotor terjadi disebabkan terlalu banyak penyakit hati yang menjangkiti terutama penyakit hasad dan dengki di samping beberapa jenis lagi seperti buruk sangka, batu api dan talam dua muka. Inilah antara penyakit hati yang terdapat dalam kelompok manusia yang bergelar pendidik masa kini.

Langkah muhasabah terbaik pada setiap guru ialah membetulkan kembali asas Aqidah yang menjadi tunjang kepada setiap kerja buat kita sebagai hamba Allah, dengan cara menguatkan dan memantapkan keimanan iaitu menerima qada' dan qadar Allah seadanya. Memikirkan bahawa rezeki yang Allah berikan pada setiap manusia sangat adil dan bertetpatan dengan usaha hambanya, jangan sesekali meletakkan pangkat dan darjat sebagai pengukur rezeki yang dikurniakan Allah. Sekiranya kita merenung pada realiti semasa dan senario sebenar kehidupan manusia, adakah mereka yang berpangkat dan berpendapatan tinggi berjaya memiliki kebahagiaan hidup yang hakiki. Sudah tentu tidak, kerana berapa ramai yang bekerja dengan pendapatan yang sekadar cukup makan tetapi mempunyai anak dan isteri yang baik, bahkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran mereka.

Sabtu, 31 Januari 2009

PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG TIDAK AMANAH

Moga beberapa senario yang telah berlaku ini menjadi renungan bersama dan menjadi teladan buat mereka yang membaca.

1. Kebenaran ini berlaku sepanjang cuti hari Raya Aidilfitri tahun 1429 Hijrah, seorang jiran ini merupakan Pegawai di Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang balik bercuti lebih kurang seminggu di sini. Apa yang menghairankan sepanjang seminggu bercuti di sini tiada satu malam pun yang sunyi dari bunyi letupan mercun bahkan letupan mercun silih berganti hingga 2,3 jam lamanya. Bayangkan satu malam meletup hingga 20 hingga 40 jenis mercun, sudah tentu kos pembelian mercun (bagi satu malam) sudah ratusan ringgit, andai kata 5 hingga 7 malam mercun diletupkan dan jumlah belian mercun sudah tentu mencecah ribuan ringgit. Adakah logik seorang pegawai biasa mampu berbelanja ribuan ringgit untuk membeli mercun? soalan seterusnya ialah dari mana dia mendapatkan begitu banyak mercun? Bukankah UPP sendiri yang menghalang kemasukan ke negara ini? Adakah dia menerima rasuah yang begitu banyak hingga mampu membeli begitu banyak mercun? atau adakah UPP merampas mercun demi kegunaan sendiri dan suku sakat mereka?

2. Sewaktu saya menjaga ibu sedang terlantar di Hospital Tengku Fauziah baru-baru ini maka tersembanglah dengan seorang pakcik pesara Polis dari Padang Besar katanya. Baru-baru ini anaknya kemalangan motorsikal kerana terbabas dan melanggar sebuah batu pembahagi jalan raya. Maka atas kesedaran dan tanggunjawab si pakcik ini membuat laporan Polis tetapi malangnya anaknya yang dah malang kerana kemalangan tadi disaman pulak RM 300 walaupun semua dakumen dan tiada kesalahan dibuat melainkan kemalangan semata-mata. Kesian, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kalau bekas Polis sendiri mempertikaikan tindakan tersebut apatah lagi kita sebagai orang awam.

3. Polis sengaja membuat perangkap duit (saman) dengan melakukan beberapa perkara di sekitar Perlis, wahai rakyat Perlis marilah kita lihat. Yang pertama ialah, di hadapan Balai Polis Kangar cuba lihat apabila kenderaan 4 roda melalui hadapan bangunan MPKps akan melepasi satu simpang 3 dan tiba-tiba satu kotak kuning besar berhadapan pintu pagar Balai Polis, beberapa meter dari petak kuning tersebut terdapat trafficlight, seandainya lampu isyarat tersebut merah maka kereta terpaksa berhenti hatta di atas petak kuning tersebut. Maka keluarlah sang Polis berbaju putih dan but panjang hitamnya mengeluarkan saman, walaupun betul kenderaan tersebut bersalah tetapi yang menyebabkan kesalahan adalah Polis yang meletakkan petak kuning 'sebesar alam' berdapan dengan lampu isyarat. Kes kedua terdapat beberapa sekolah yang sengaja dirisikokan jalannya umpamanya jalan dihadapan Sek. Keb Arau dan Sek. Men. Keb Arau, setakat ini sudah dua kes melibatkan staf sekolah kemalangan dengan orang awam dan melibatkan saman polis sehingga RM 9000.00 seorang. Kemalangan ini yang berlaku bukanlah kesalahan pemandu semata-mata tetapi berkaitan dengan pihak pembuat jalan dan juga polis. Persoalannya mengapa di hadapan jalan untuk meyimpang masuk ke laluan sekolah 'double line' sedangkan itulah jalan yang ada jika datang dari Jalan Kodiang? Selain itu mengapa tidak ada belang kuning dan tanda had kelajuan 30 km/j terutamanya yang datang dari Pekan Arau? Rakyat dan masyarakat dijadikan mangsa undang-undang bangang ciptaan manusia yang tidak adil. Sekalipun untuk kemaslahatan orang ramai mengapa langkah pencegahan tidak dibuat dengan sempurna seperti tanda perlahankan kenderaan dan sebagainya. Dinamakan kemalangan pun kerana ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan, sedangkan Allah mengampunkan perkara yang tidak disengajakan inikan manusia yang dicipta Allah bernama Polis atau Hakim. Ingatlah dalam sebuah Hadis Baginda s.a.w pernah menyebut bahawa "Daripada 3 hakim, 2 dari mereka berada di dalam neraka."

Sabtu, 17 Januari 2009

Di Mana Kemenangan Islam yang Hakiki

Salam rasa berbaur sedih, duka, perit dan sakit hati yang menekan jiwa......

Setiap kali ke masjid untuk Solat Jumaat maka setiap kali itulah berbuih mulut tok khatib mengingatkan jemaah tentang kepincangan sosial yang sangat meruncing. Peliknya pekakkah bapak dan pemuda belia segala peringatan yang disampaikan kepada mereka tentang kesan buruk akibat salah laku umat Islam segenap peringkat umur, yang mudanya dengan kesongsangan budaya yang bermacam kerenah dan yang tuanya pula semakin menjahilkan zuriat anak bangsa sendiri. Kalau nak ditegur terus nanti dikatakan kita budak mentah yang nak perbetulkan diorang yang dah lama makan garam.

"Tidaklah akan berlaku hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi hinggakan kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu badan pohon kayu itu berkata 'Wahai orang Islam! Ini Yahudi yang bersembunyi di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia!"...... (Mafhum Hadith Riwayat Bukhari&Muslim)

Suka saya kaitkan muqaddimah di atas dengan hadith tersebut yang berfokus kepada perkaitan antara bapa generasi akan datang yang rosak, tetapi inginkan generasi itu menjadi pejuang Islam yang membunuh musuh-musuh (Yahudi) si bapa tadi. Mungkinkah seekor lalat najis melahirkan lebah yang menghasilkan madu? Fikirlah dengan akal fikiran yang Allah berikan.

Jelas perkaitan tersebut menyebabkan timbul persoalan di mana kita sudah lama mendengar dan terbaca matan dan mafhum hadith tersebut sedangkan kita tertanya di mana dan bilakah terialisasinya sabda baginda itu? meskipun kita sudah mengetahui kita ini sudah berada di penghujung zaman. Apatah lagi di ketika ini saudara kita di Palestin sedang dilanyak dan dihanguskan puak Yahudi laknat, Yahudi yang akan kita kelar leher mereka suatu masa nanti kerana tradisi kejahatan mereka seperti yang termaktub di dalam al-Quran.

Sudah tentu hanya mereka yang berfikir sahaja akan bertanya soalan sebegitu sedangkan yang malas berfikir dek kerana kelalaian dan kekeliruan disebabkan otak mereka dah berkarat kerana mengejar kebahagiaan duniawi semata-mata. Walaupun berfikir sehingga timbulnya soalan sebegitu nampak baik tetapi berfikir sahaja tanpa bertindak juga tiada gunanya. Oleh itu eloklah kita mula bertindak seandainya kita masih belum bermula, dan yang sudah berada melakukan tindakan mengapa tidak diajak rakan-rakan yang masih buta mencari jalan untuk mula bertindak.

Bagaimana kita hendak mula bertindak?, sebaik-baik tindakan mestilah bersifat sederhana dan Tadarruj (berperingkat). Ayuhlah wahai pemimpin-pemimpin keluarga, kita mula perbetulkan cara hidup kita yang Hipokrit terhadap Agama sendiri, bersama kita selarikan dengan kebenaran syariat Allah yang tulen. Caranya dengan kembali kepada majlis-majlis ilmu yang boleh membuatkan kita mengingati Tuhan dan secara automatik kita akan rasa malu untuk melakukan maksiat.

Oleh itu beberapa langkah awal untuk membuktikan tindakan ke arah memperbetulkan kealpaan sebelum ini ialah dengan.....

Pertamanya dengan menilai semula environment kita, adakah ia selari dengan agama yang kita anuti iaitu Islam. Bermula dari sudut pemakaian yang berorientasikan Melayu Islam yang sopan sekalipun berfesyen, tetapi fesyen yang berlandaskan konsep kesopanan ianya pasti tidak terlalu menonjol dan diterima oleh masyarakat keseluruhan. Apabila menyentuh dari sudut pemakaian yang bertentangan dengan adab dan sopan maka pandangan akan menoleh kepada kaum Hawa semata, meskipun ada kebenarannya namun dewasa ini kaum Adam yang dulu hanya memerhati perubahan fesyen kaum Hawa sudah bijak merosakkan kesopanan kelakian yang telah ditonjolkan sedikit masa lalu. Jelas terbukti ramai sudah yang ingin bertukar jantina apabila rantai-rantai menjadi pilihan untuk menghias leher dan tengkuk berhalkum diorang. Mungkin pada pandangan golongan begini rasanya ia menonjolkan kemachoan diorang tetapi hakikatnya itulah fesyen 'Pondan' atau 'Nyah' suatu ketika dahulu.

Itu mungkin baru sedikit tentang kerosakan yang berlaku kepada kaum Adam ketika ini tetapi lebih parah jahanamnya yang berlaku pada 'pemunya rahim' yang akan melahirkan generasi pejuang kita kononnya. Rasanya itulah bahasa terindah yang sesuai untuk golongan ini, mungkin kerana telinga yang Allah berikan itu dah mual mendengar bahasayang lemah lembut. Sedarlah kaum Hawa yang dah mula 'menjalangkan lifestyle' hingga terlalu jijik dan meluat untuk ditonton, kembalilah kepada cara hidup yang lebih bererti iaitu kembali kepada adab dan sopan khususny dalam berpakaian. Mungkin sesetengah daripada golongan ini akan menjawab begini bila ditegur "biarlah dengan cara kami sendiri dan kami tak mengganggu sesiapa pun", beginilah sebahagian jawapan yang bersifat pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab serta menunjukkan mereka ini jenis yang tiada rasa empati. Bagaimana pakaian yang dipakai sehingga menampakkan buah dada, lurah punggung hatta jelas bentuk tubuh mereka tidak menggangu pandangan orang yang beriman?. Mungkin bagi pandangan jantan bernafsu syaitan ia sesuatu yang seronok dilihat dan ia adalah peluang "menjamu mata". Fikirkan sekiranya dengan dosa-dosa jalang-jalang ini akan menyebabkan Allah turunkan bala, bukankah yang beriman dan orang yang bertaqwa sekalipun akan merasai bala tersebut. Maka jawapan golongan yang pentingkan diri ini hanya menjawab menurut nafsu mereka dan tanpa meletakkan iman dan syariat sebagai panduan, jelas mereka ini telah jauh terpisah dari hidayah Allah.

Secara ringkas dapat dirumuskan bahawa bagaimana kita umat Islam kini, sepuluh atau dua puluh tahun lagi akan mengecapi kemenangan, iaitu dengan kembali membina Daulah Islamiyah seperti lakaran sejarah kehebatan Islam suatu ketika dahulu. Mampukah kita berjaya mengacapi kemenangan itu tanpa ada semangat jihad yang jitu, dan bukannya jihad palsu yang hanya menterjemahkan jihad mereka dengan hanya menjadikan serban Arafat (Bekas PM Palestin) sebagai selendang di bahu. Kalau jihad menentang budaya jijik ciptaan sekutu Israel laknat (Amerika dan Britain) tidak dapat ditahan dari meresapi jiwa, mana mungkin generasi 'Penjihad (Mujahidin) Palsu' ini mampu berada di barisan hadapan untuk menentang musuh-musuh Islam bagi memastikan Kemenangan yang Hakiki menjadi milik agama Allah suatu masa nanti.