Lawak Jenaka

CELAWAK 5:


ALAMAK! DI MANA SKRU?


 
Sebuah van cabuk yang dinaiki tiga orang pemuda tiba-tiba terlanggar sebuah bonggol yang agak tinggi. Van yang terhentak kuat itu tiba-tiba senget dan melanngar bahu jalan. Ia terhenti betul-betul berhampiran pagar Wad Pesakit Mental.


Si pemandu lalu turun melihat apakah sebab musabab yang membuatkan van cabuk kesyangannya itu jadi sebegitu. Rupa-rupanya sebiji tayar belakang van tercabut dan tergolek dot ke dalam longkang di tepi pagar Wad Mental tersebut. Dua rakan pemandu lagi pun turun dan bertanyakan hal keadaan yang berlaku.


 Sementelah mereka bertiga mencari di manakah skru tayar yang terpelanting entah kemana, seorang lelaki Pesakit Mental sedang memerhatikan ketiga-tiga rakan itu sejak dari mula perihal kejadian van cabuk tersebut kehilangan sebiji tayarnya.


Pemandu: Alahai manalah peginye skru-skru tayar ni?
Rakan 1: Alamatnya kenalah kita tunggu bantuan datang baru boleh panggil pomen.
Rakan 2: Itu lah, sebelum bertolak tadi tak nak cek betul-betul tayar van tu! 


Marah si rakan kepada si pemandu van cabuk tersebut. tiba-tiba terdengar kekekkan hilai ketawa besar dari dalam kawasan pagar Wad Pesakit Mental tadi.


Kata si gila; ambiklah satu skru dari tiga biji tayar yang elok lagi tu dan pasangkan tiga biji skru pada tayar yang tercabut tadi, jadi setiap biji tayar ada 3 biji skrulah. Bolehla bawa van tu buat sementara nak sampai ke bandar. Dah sampai bandar belila skru yang tak cukup lagi tu. Pakai  la otak yang ada tu!


Si Pemandu: Eh! betul jugak tu. Pandai jugak pakcik ye? apasal pakcik ade kat sini kalau pakcik pandai?


Si gila: Pasal pakcik punya skru pun tak jumpa lagi. Kalau anak ke bandar nanti belikan untuk pakcik skru ye?


Hmmmmmmmmmmmm.......... 




 CELAWAK 4:

PAK PANDIR DAN TEKSI


Pada suatu hari, Pak Pandir melawat ke sebuah negara Timur Tengah. Oleh kerana sudah lewat malam, Pak Pandir menahan teksi untuk pulang ke hotelnya.

Pemandu : Mau ke mana encik (dalam bahasa arab)

Pak Pandir : Jalan Antah Berantah. Berapa?

Pemandu : Sepuluh riyal syeikh.

Pak Pandir : Baiklah.

Pak Pandir pun naik teksi dan pulang ke hotelnya. Setibanya dia hotel,

Pak Pandir : Nah 5 riyal.

Pemandu : Haih encik, tambangya 10 riyal.

Pak Pandir : Hish ente ni. Kita kan naik teksi ni dua orang, 5 riyal seorang lah.

Pak Pandir terus lari ke dalam hotel. huhu


CELAWAK 3: 

BOS POWER?


  Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani
besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai
+ pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani
tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg
malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat
tepi dinding.


"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawab


Bos tu menjawab, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.


Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorngg pekerja di situ,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun". Si Bos Power tadi pun ternganga sambil menepuk-nepuk dahinya yang licin macam cermin kaca.



CELAWAK 2:

GILA ATAU TAK GILA?


Al-kisah berlaku satu peristiwa di sebuah pusat rawatan mental atau lebih layak kita sebut "Hospital Gila".....kisahnya begini,

Sebuah Hospital Gila telah menempatkan beberapa orang pesakit sejak beberapa lama, maka selepas suatu tempoh yang panjang, ibu pejabat telah meminta kepada pusat tersebut untuk mengadakan satu saringan ujian untuk mengeluarkan pesakit-pesakit yang telah pulih.

Selepas ujian pertama diadakan, didapati seorang pesakit telah mendapat markah yang paling tinggi. Maka dia telah dipanggil untuk sesi soal jawab pula,

Doktor: Saya lihat awak dah semakin pulih, bagaimana awak boleh menjawab dalam ujian ini dengan baik sekali?

Si gila: Tentulah saya pakai ini (sambil menunjukkan jari ke kepalanya), doktor tahu apa ni?

Doktor: Kepala la.

Si gila: Bukan...ni buah pinggang la hahahhaa tu pun tak tau.

Doktor: Sah, dia ni gila lagi.


Beberapa hari kemudian diadakan sekali lagi ujian yang lain. Petugas pusat tersebut membawa pesakit2 mental ke sebuah padang bola, petugas-petugas diminta membentuk bulatan seperti kolam renang. Seraya doktor pun berkata kepada semua pesakit mental bahawa mereka boleh berenang di dalam kolam di yang telah dibentuk tadi.....


Para pesakit mental di situ pun terus terjun ke kolam tipu itu dengan pelbagai teknik terjunan, kecuali seorang pesakit yang mendapat markah tertinggi dalam ujian sebelum ini, sambil diperhatikan oleh doktor;

Doktor: Eh, agaknya aku dah tersilap sebelum ni, mungkin dia ni dah ok kut (kata Doktor dalam hati.

sekali lagi doktor itu pun menghampiri pesakit tersebut, doktor pun bertanya

Doktor: Kenapa awak tak terjun? sedangkan rakan2 yang lain terjun dan berenang2 dangan gembira.

Si gila: Bukan saya tak nak terjun, saya teringin sangat nak terjun tapi saya ni memang tak pandai berenang, itu pasal la saya tak terjun.

Doktor: Cis! kalau aku layan orang gila ni...lama2 aku pun boleh gila



CELAWAK 1:

AHMAD DAN AS'AD

Ini merupakan kisah dan teladan kepada manusia yang mempunyai kawan.

Kisah ini bermula dengan dua orang orang pengembara seorang bernama Ahmad dan seorang lagi bernama As'ad, tiba di suatu tempat maka berhentilah mereka berdua di situ untuk merehatkan diri dan untuk mengenyangkan perut yang lapar, maka kata si Ahmad kepada kawannya As'ad:

Ahmad: Wahai As'ad! aku akan memasak bekalan kita, kalau boleh aku nak minta tolong engkau mencari kayu api dan aku akan memotong daging.

Maka jawab si As'ad: Bukan aku tak nak mencari kayu api, tapi aku letih sangat. Ahmad pun berkata: Kalau begitu, akulah yang mencari kayu api dan engkau pula yang memotong daging.

Terus As'ad menjawab: Bukan aku tak nak memotong daging tapi aku tak pandai memegang pisau, nanti terluka pula jari  aku terkena pisau.

Terpaksalah si Ahmad mencari kayu api dan memotong daging itu.

Sekali lagi Ahmad meminta bantuan si As'ad.

Ahmad: Hai As'ad! aku nak memasak ni, bolehkah engkau bantu aku membancuh air?

Jawab si As'ad lagi: bukan aku tak nak membancuh air, tetapi nanti kalau airnya kurang manis engkau tak minum pula.

Ahmad tetap tidak berputus asa, kata si Ahmad: Apa kata, engkau yang memasak dan aku pula yang membancuh air. Tetapi jawab As'ad: Aku ni tak pandai memasak, kalaupun aku masak nanti kut tak sedap engkau juga yang tak lalu makan.

Dek banyak sangat alasan si As'ad, Ahmad jugalah yang memasak dan membancuh minuman.

Ahmad masih mencuba meminta khidmat si As'ad,

Ahmad: Makanan dan minuman dah siap dibuat, aku cuma minta engkau hidangkan saja wahai As'ad?

As'ad: Seumur hidup aku, aku tak pernah menghidang makanan, nanti kalu tertumpah kan rugi.
Ahmad yang baik hati jualah yang melakukan semuanya hatta menghidang makanan untuk santapan ,mereka berdua.

Akan tetapi si As'ad tidak akan selamanya mengecewakan rakannya Ahmad.

Ahmad berkata kepada As'ad: Makanan semuanya dah terhidang, marilah kita makan bersama-sama.

Jawab si As'ad: Dah banyak kali aku menolak permintaan engkau sahabatku, maka kali ini aku tidak akan menolak permintaan engkau apatah lagi menghampakan engkau, ayuhlah kita makan sampai kenyang.

Moral:

1. Jangan jadikan kawan hanya ketika kita susah dan melupakannya bila kita senang.

2. Kawan bukan untuk dijadikan kuli tetapi kawan adalah tempat kita berkongsi kesenangan.

3. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja dan jangan memilih kawan kerana hartanya dan paras rupa semata-mata.