Sabtu, 7 Mei 2011

Anak itu sudah Menjadi ahli Syurga, kita di mana pula?

Assalamualaikum warahmatullah.....

Sahabat-sahabat renungkan kisah Wildan yang yang menjadi penghuni Syurga ini....siapakah mereka asalnya dan sedarlah keredhaan kita terhadap ketentuaan Allah meskipun perit takdir itu...meredhainya membuktikan kemantapan iman kita bahkan bakal membawa kita ke syurga...
..

Sesungguhnya di samping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang
meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw
yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya,
lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari k
e sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat
kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi
dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Khamis, 4 November 2010

Antara Fenomena Alam dan Amaran Yang Maha Pencipta



Saat dan ketika ini fenomena Taufan, Tsunami, letupan Gunung Berapi dan juga banjir yang berturut-turut melanda beberapa negara, tidak terkecuali juga Negara Malaysia yang tercinta ini. Ironinya, apa yang meniti di kebanyakan bibir masyarakat hatta media massa bukanlah ungkapan yang berbentuk kesedaran, ayat-ayat yang selalunya terbit "ini semua fenomena alam", "inilah kesan pencemaran" atau "kejadian-kejadian sebegini berlaku kerana pembangunan yang tidak terancang" dan pelbagai alasan yang tidak dikaitkan rasa keinsafan serta memuji kekuasaan Tuhan.

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Surah al-Rum, ayat:41

Jelas dari ayat ini bahawa bala' bencana yang tidak putus-putus berlaku di sana sini adalah disebabkan perbuatan-perbuatan maksiat yang dilakukan oleh umat manusia sendiri. Mereka ditimpakan bencana yang sedemikian rupa supaya manusia segera insaf dan menjauhi segala perbuatan yang munkar. Jika perbuatan munkar dan maksiat itu terus menerus dilakukan maka Allah akan menimpakan dengan bala' bencana yang terus datang menimpa.

Bermula dari peristiwa banjir besar serta ribut yang bermula dari Vietnam dan Thailand, selepas seketika Gunung Merapi di Indonesia meletus dan juga Tsunami yang kembali menimpa tanpa dapat dikesan oleh teknologi canggih sebagai pengesan tanda-tanda Tsunami. Sehinggalah di waktu ini, banjir dan ribut sedang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung Malayasia, termasuklah negeri yang jarang sekali dilanda banjir besar seperti Perlis misalnya. Di manakah silapnya? apakah punca bencana sebegini datang menimpa?

Seperti mana petikan firman Allah s.w.t di dalam surah al-Rum di atas, jelas sekali bahawa bencana alam yang berlaku merupakan suatu amaran Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia
bahawa terlalu banyak kerosakan berbentuk maksiat dan juga kemungkaran yang telah berlaku, khususnya di bumi Malaysia ini. Bukankah hampir setiap hari kita mendengar mangsa bunuh yang begitu kejam tanpa ada pembelaan yang adil, apatah lagi pembelaan menurut keadilan undang-undang Islam, tentu jauh sekali. Ruang-ruang perzinaan yang sangat luas, buktinya setiap hari serbuan dan penangkapan terhadap lelaki-lelaki miang di pusat hiburan dan pusat pelacuran yang bagaikan hilang satu berganti sepuluh. Tambahan pula, hampir setiap hari juga bayi-bayi hasil zina ini dibuang dan ditinggalkan di merata-rata bagai membuang "lampin pakai buang." Mungkinkah pasangan-pasangan ini berzina kerana tidak mampu untuk berkahwin disebabkan kos perkahwinan yang tidak tertanggung. Atau adakah mereka terlalu teransang dengan pelbagai hiburan yang direncanakan sepanjang hari sama ada melalui media seperti TV, Internet dan radio, apatah lagi mereka diransangkan secara terus dari persembahan-persembahan konsert yang percampuran lelaki dan wanitanya tiada batasan, sehinggalah ke rancangan realiti TV yang melekakan.

Dalam kebejatan masalah sosial yang menimpa-nimpa, timbul pula idea yang akan menambah burukkan lagi keadaan sedia ada. Cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan bertaraf dunia jelas dan nyata bukanlah satu satu idea yang baik, apatah lagi idea tersebut datangnya dari seorang pemimpin yang beragama Islam dan akan dilaksanakan dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai teras perlembagaan negara. Sebagai sebuah negara Islam yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa cadangan yang keji sebegini merupakan satu keaiban buat negara. Apatah lagi ia diucapkan oleh seseorang pemimpin sebuah negara Islam itu sendiri, maka akan timbul persoalan di mana letaknya iman si pemimpin?, apakah sebenarnya di sebalik cadangan ini terselit satu agenda kuffar yang ingin merosakkan Islam secara diam?

Pelbagai persoalan dan juga tuduhan akan dilemparkan dan yang lebih memalukan di mana peranan para ulamak. Mana taringnya "Dewan Ulama Muda" yang berani bersemuka dengan si pemimpin yang lantang meluahkan cadangan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan bertaraf dunia, mungkinkah ia akan setanding dengan pusat-pusat hiburan yang telah terkenal di Eropah dan sebagainya. Sudah banyak JEMPUTAN yang akan mengundang BALA ALLAH, BALA ALLAH akan datang sebagai AMARAN dan akan menjadi PERINGATAN kepada manusia yang beriman. Apakah doa selapis mulut boleh menembus hijab dosa yang tebal menggunung? Ya Allah ampunkan dosaku..........................................................................................

Ahad, 29 Ogos 2010

Sekolah Bestari @ Best TARI?


Sangat membanggakan apabila sekolah diiktiraf menjadi Sekolah Bestari, apatah lagi segala jenis bantuan berbentuk kelengkapan ICT diberikan oleh kementerian untuk merealisasikan matlamat iaitu ICT sebagai pemangkin kepada pengajaran dan pembelajaran. Perkara pertama ialah mencelikkan "ahli keluarga" dalam sekolah terhadap ICT, maka terkial-kial jugalah si guru yang setahun sekali menekan punat keyboard demi menunjukkan kemampuan menggunakan teknologi terkini seperti yang diminta. Murid-murid yang sebelumnya "jakun" bagaikan "kera mendapat bunga"," kepala sekolah " pula senyum sampai ke telinga ibarat kata "bagaikan bulan jatuh ke riba", terbisiklah di hati "hm naik satu DG lagilah aku lepas ni".

Lebih dari membanggakan pula apabila
hasil tunjuk ajar para guru maka murid-murid Sekolah Bestari ini semakin pandai download mendownload segala macam images dan video. Kehebatan mereka dalam mengaplikasi kemahiran berICT terserlah ketika Guru Disiplin berjaya merampas pendrive-pendrive yang padat dengan video adegan penyanyi Indonesia Ariel, Luna, Cut TARI dan juga yang seangkatan dengan mereka. Patutkah kita bertepuk tangan kerana kejayaan sebegini atau ada yang mungkin berkata; "itu cuma kes-kes terpencil sahaja."

Sedarlah bahawa kata-kata sebegitu hanya akan memburukkan keadaan dan bakal memburukkan lagi keadaan. Jelas bahawa ramai yang terjebak dengan JENAYAH merogol, sumbang mahram sesama saudara sendiri, cabul dan membuang anak sebenarnya bermula dengan kegharaihan menonton video lucah serta keinginan mencuba aksi-aksi yang ditonton tanpa menilai apakah akibatnya. Apatah lagi peluang dan ruang untuk mencuba perbuatan terkutuk ini sangat luas, berapa ramai anak gadis di luar sana yang rela dipegang tangan dan tubuh mereka hanya dengan sebaris kata-kata cinta, hatta sanggup menyerahkan tubuh kerana takut diugut akan tinggalkan kekasih hati. Begitulah hakikat yang berlaku dewasa ini, jijik untuk diulang sebut tetapi ka
lau tidak dingatkan maka putuslah tugas Dakwah yang terpundak di atas bahu kerana ikrar yang dipegang "Man Qala La Ilaha IllaLlah Fahua Da'in" bermaksud "Barangsiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Yang Disembah Malainkan Allah maka dia adalah Pandakwah (Penyampai kebenaran Agama Islam)."

Tulisan ini bukanlah satu penolakan atau bantahan terhadap pelaksanaan Pembestar
ian Sekolah, tetapi satu muhasabah kepada semua lapisan umat Muhammad s.a.w. khususnya yang terlibat merealisasikan misi ini kerana apa yang kita lakukan dan rencanakan kepada generasi muda zaman ini akan memberikan impak yang cukup besar apabila generasi ini menjadi pemimpin serta penentu corak kehidupan masa hadapan. Sekiranya kita masih hidup ketika itu, apa yang akan kita rasakan jika pemimpin ketika itu dilantik dari seorang pernah merogol, apakah sanggup kita menerima cucu dan cicit yang lahir dari hasil luar nikah ataupun sumbang mahram. Apakah kita sanggup menerima anak-anak sendiri berpelukan dan berciuman dengan pasangan yang bukan mahramnyadi depan pintu rumah sendiri. Kemungkinan ini bakal berlaku seandainya tidak ada usaha menutup peluang dan mengawal faktor-faktor yang boleh meransang nafsu Syahwat muda mudi dewasa ini kerana ransangan sebeginilah mereka bertindak menurut nafsu seterusnya melanggari batas Syariah yang ditetapkan.

Ahad, 22 Ogos 2010

Perut dan Puasa


Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.

Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.


6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.”(Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:

“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.


Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.”(Riwayat Abu Hurairah)

BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

· Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

· Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

· Mengulangi makanan sepanjang malam.

· Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

· Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )

– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.

Isnin, 16 Ogos 2010

HAKIKAT KEMULIAAN


Firman Allah di dalam al-Quran maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. (Surah Al-Hujarat: 13)

Kemuliaan sebenarnya bukan datang dari pujian dan sanjungan tetapi kemuliaan itu anugerah Allah yang sangat tinggi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Jika manusia itu dimuliakn oleh orang ramai belum tentu lagi kemuliaan itu bersifat kekal dan abadi, mungkin ia disanjungi disebabkan hartanya, pengaryhnya mahupun kerana takutkan kuasanya sahaja. Jika kita berusaha untuk mencari kemuliaan makhluk maka akan kita perolehi sebenarnya hanyalah kepura-puraan.

Kemulian itu hanya berlaku apabila kita melepaskan segala-galanya bagi mencari "redha" Allah dengan tidak lagi mengharap pujian dari orang yang memuji. Siapa jua boleh menilai kita sama ada kita orng cemerlang atau pun kecundang, tetapi penilaiaan pada kaca mata manusia ternyata sangat lemahdan berubah-ubah dari masa ke semasa. Mungkin hari ini kita dianggap berjaya tetapi esok pula kita dianggap gagal dan hari seterusnya mungkin pula sebaliknya.


Paling mudah untuk kita fahami bahawa kemuliaan itu datang dari sumber yang satu lagi mutlak iaitu dari Allah semata-mata. Allah boleh memberikan kemuliaan dan kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan hanya Allah sahaja yang mengetahui kenapa terjadinya demikian. Kita sudah tentulah berdoa terus agar Allah memandang kita dalam pandangan rahmatNya dan sekali-kali jangan berputus asa denganNya.

Ahad, 1 Ogos 2010

Melebur Takabbur


Kisah Firaun yang terkenal dengan keangkuhan dan kesombanganya merupakan satu contoh jelmaan takkabbur dalam diri manusia, kerana kuasa dan pangkat yang bersifat sementara dia lupa diri sehinnga mengakui dirinya adalah tuhan. Apatah lagi, disebalik keangkuhan itu ada "tukang kipas" bernama Hamman yang menambah semarak api kesombongan Firaun. Maka kisah Firaun dan Hamman ini dinukilkan kisah mereka di dalam al-quran Surah Al Qashash ayat 38,

“Dan Fir’aun berkata, ‘Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarkanlah tanah liat untukku wahai Haman (untuk membuat batu bata), kemudian buatkanlah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhannya Musa, dan aku yakin bahwa dia termasuk pendusta.’.”

Masa kini semakin ramai mereka yang berpangkat dan berkuasa sama ada dalam arena politik, pemerintahan, majikan hatta pengetua atau Guru Besar di sekolah-sekolah umumya, secara sedar atau tidak sedar menterjemah kembali sifat keangkuhan Firaun ketika berintraksi dengan pekerja atau staff bawahan mereka. Sebagai orang bawahan atau staff yang berjawatan lebih rendah menjadi mangsa sikap sombong dan angkuh atau sebenarnya TAKABBUR.


SOMBONG, takabbur, atau merasa besar diri adalah masalah yang sangat serius. Kita harus berhati-hati dengan persoalan ini. Sebab kesombongan inilah yang menyebabkan syaitan terusir dari suyrga dan kemudian dikutuk oleh Allah selamanya. Hadirnya rasa takabbur sangat halus sekali. Ramai orang telah merasa tawadhu (rendah hati) padahal dirinya di mata orang lain sedang menunjukkan sikap takabburnya.

Tentang sikap takabbur ini Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada kesombongan walau seberat debu. (HR Muslim). Allah benar-benar mengharamkan syurga untuk dimasuki orang-orang yang takabbur. Takabbur hanya layak bagi Allah yang sememangny memiliki keagungan yang sempurna. Sedangkan seluruh makhluk hanya sekadar menerima rahmat dari-Nya.

Penyakit takabbur memang benar-benar seperti bau busuk yang tidak dapat ditutup dan disembunyikan. Orang yang menghidap penyakit sedemikian mudah dilihat oleh mata kasar orang awam sekalipun dan dapat dirasakan oleh hati siapapun.

Perhatikan penampilan orang takabbur! Mulai dari hujung rambut, lirikan mata, tarikan nafas, senyum sinis, tutur kata, jumlah kata, nada suara, bahkan senandungnya pun sangat menunjukkan keangkuhan. Begitupun cara berjalan, duduk, menerima tamu, berpakaian, gerak-geri tangan bahkan hingga ke jari-jari kaki. Semuanya menunjukkan gambaran orang yang benar-benar buruk perangainya.

Ada pertanyaan menarik. Layakkah sebenarnya orang bersikap takabbur, jika seluruh kebaikan pada dirinya semata-mata hanya berkat kemurahan Allah padanya? Padahal jika Allah menghendaki, dia boleh dilahirkan sebagai kambing. Tentu saja ketika itu tidak ada lagi yang boleh disombongkan. Atau kalau Allah kehendaki, dia boleh dilahirkan sebagai makhluk yang tidak sempurna. Bahkan jika Allah takdirkan dia lahir di tengah-tengah suku pedalaman di hutan belantara, maka pada saat ini mungkin dia tengah mengejar babi hutan untuk makan malam. Apa lagi yang hendak disombongkan?

Marilah kita berhati-hati dari bahaya kesombongan ini. Jika penyakit ini datang pada kita, kita akan sengsara. Langkah kehati-hatian ini boleh dimulai dengan mengenali ciri-ciri kesombongan. Rasulullah SAW bersabda: Sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan sesama manusia. (HR Muslim). Jika dalam hati kita ada satu dari dua hal ini, atau kedua-duanya ada, itu pertanda kita telah masuk dalam deretan orang-orang sombong.

Sebahagian orang ada yang merasa dirinya paling mulia, baik, soleh, hampir kepada Allah, dikabulkan doanya, berkat urusannya, dan segala pandangannya baik dan tepat. Ketika ada kebaikan lalu kita laporkan padanya, dia berkata: Oh, siapa yang mendoakannya? Dan ketika kita memberitahu kepadanya tentang sesuatu musibah, dia pun berkata: Ah, itu biasa saja, saya pernah merasai lebih teruk dari itu.

Ini adalah gambaran kesombongan. Orang merasa diri lebih dekat pada Allah, lalu memandang orang lain dengan pandangan yang merendahkan. Perilaku seperti ini jika diteruskan akan merugikan pelakunya. Hakikatnya, semua kebaikan dan keburukan terjadi kerana izin Allah. Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa semuanya (kebaikan dan keburukan itu) adalah dari sisi (atas takdir) Allah. (An Nisaa 4:78). Kita tidak berdaya membuat kebaikan dan keburukan jika Allah tidak menghendaki hal itu terjadi. Sekalipun berupa doa atau puasa, tidak boleha dijadikan alasan bahawa kita punya kuasa atas kebaikan dan keburukan. Wallahu a'lam


Kesombongan adalah salah satu penyebab terbanyak orang mengingkari kebenaran. Manusia mungkin menjadi sombong disebabkan kerana keadaan fizikal (kecantikan, ketampanan, kegagahan, kesihatan), keadaan ekonomi (banyak wang, memiliki sesuatu yang tidak dimiliki orang lain), kerana ilmu, atau mungkin kerana ibadah. Lalu apakah definisi sombong / takabbur yang sebenarnya? Adakah orang Islam dilarang memiliki kekayaan atau berpakaian yang baik ? Definisi takabbur dalam salah satu hadis:

Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan. Takabbur adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain”. HR. Muslim.

Takabur adalah sangat berbahaya karena ia adalah penyakit yang diwariskan oleh iblis. Iblis merasa takabur ketika diperintahkan sujud kepada Adam, dan ketakabburan iblislah yang akhirnya menyebabkan ia sesat selama-lamanya.

Macam-macam takabbur

1. Takabbur kepada Allah, Inilah bentuk takabbur terburuk, seperti yang pernah dilakukan oleh Namrud, Fir’aun dan sejenisnya. QS. 40:60, 25:60
2. Takabbur kepada Rasul, Yaitu sikap tinggi hati, menolak mengikuti dan mematuhi Nabi, karena menganggapnya sebagai manusia biasa (QS. 23:34, 36:15). Seperti yang dinyatakan kaum kafir Quraisy kepada Nabi : “Bagaimana kami bisa duduk di sisimu hai Muhammad, sementara yang ada di sekitarmu orang-orang faqir”
3. Takabur atas sesama manusia, Yaitu dengan membanggakan diri dan meremehkan orang lain. Takabbur ini meskipun tidak seberat yang pertama dan kedua, namun masih sangat berbahaya kerana :
* Kebesaran & kehormatan hanya milik Allah, selainnya lemah & terbatas
* Ketika seseorang takabbur, ia merampas salah satu sifat kebesaran Allah.
* Takabbur akan melahirkan kezaliman dan permusuhan di antara manusia


Jangan merasa kita ini hebat dan lebih hebat daripada orang lain. Usah terpedaya dengan anugerah dan nikmat yang diberikan kepada kita. Semua nikmat itu akan dipersoalkan kelak di padang Mahsyar. Kehebatan kita bercakap dan berhujah bukan untuk berdebat dengan para ilmuan. Tunduklah dan rendahkan diri sesama muslim kerana kita semua bersaudara. Ilmu yang tinggi juga bukan tandanya kita mulia kerana ukuran kita hanya berdasarkan Taqwa. Sejauh mana ilmu itu benar-benar menjadikan jiwa kita takut dengan Allah swt. Hiasi ilmu dengan akhlak barulah ia mewangi semerbak haruman bunga di taman. Takabbur ada tanda-tandanya seperti penyakit lain yang ada simptomnya. Elok rawat dengan segera jika ada pada diri kita.


1. Memandang kecil usaha atau kemampuan orang lain. Orang yang takabbur hanya menganggap dirinya atau kumpulannya sahaja yang hebat dan betul. Orang lain semua salah. Langsung tidak boleh menerima hasil sumbangan pihak lain kepada usaha kebajikan dan dakwah. Padanya orang lain dianggap mengancam kedudukan dan pengaruhnya.

2. Sibuk mencari kesalahan orang lain sehingga lupa kekurangan diri. Baginya tujuannya itu adalah murni dan berdiri atas nama kebenaran. Jiwa yang tidak subur dengan iman dan zikir sememangnya akan menjadi begini. Mana mungkin lidah yang basah dengan zikir dan munajat ada masa untuknya menyingkap kesalahan saudaranya yang lain. Lupakah kita dengan hadis “Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim di dunia, Allah akan menutup keaibannya di Dunia dan Akhirat”. Hati yang gelisah memikirkan nasibnya di hadapan Allah sibuk mengoreksi segala dosa dan maksiatnya bukannya kesilapan orang lain. Nampaknya dunia politiking sudah begitu dominan hinggakan ramai yang gemar mewujudkan cerita rekaan semata-mata memuaskan nafsunya yang kelaparan. Kini benang yang basah pun mampu ditegakkan!

Ingatlah! Hebatnya anda bukan kerana anda tapi sebab nikmat dan kurnia daripada Allah. Walau anda ramai pengikut yang beratur di belakang anda seperti gerombolan perang. Walau sebanyak mana tempat yang anda telah pergi di seluruh dunia untuk berdakwah dengan gaya tersendiri. Semua itu adalah kurniaan Allah yang akan dihisab. Tiada siapa yang mampu mengelak persoalan di depan Allah meskipun anda mampu mengelak-elak di dunia ini.

Nabi Adam melakukan kesalahan dengan memakan buah yang dilarang Allah di dalam Syurga lalu bertaubat maka Allah menerima taubatnya. Iblis takabbur dan enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan Allah dan tidak mahu bertaubat. Inilah beza antara melakukan maksiat dan meninggalkan perintah. Bezanya adalah pada sifat takabbur.

Khamis, 8 Julai 2010

Hikmah dan Iktibar di sebalik Peristiwa Isra' Mikraj



Rasulullah s.a.w adalah merupakan manusia mulia yang membawa kebenaran dan kedamaian ke seluruh pelusuk alam. Baginda adalah sumber hidayah yang melimpahkan sinarnya apabila terdapat kekeliruan dan kesesatan. Cahaya bagi setiap kejahilan. Keputusan bagi setiap persoalan dan permasalahan. Baginda diutus untuk menutup pintu kenabian untuk menjadi pancaran Nur kepada umatnya sehingga langit terpecah belah, bintang-bintang gugur bertaburan dan bumi ini dilipat serta dijadikan sesuatu yang berlainan yang dinamakan kiamat. Sesungguhnya sekelumit dari kisah hayatnya, amat menyayukan kita di dalam menatapi sejarah.
Peristiwa di Gua Hira' yang memperutuskan kenabian kepada baginda, bermulanya perjuangan Jihad di dalam menyebarkan Risalah Allah di atas muka bumi. Betapa Rasulullah s.a.w melihat jalan di hadapannya penuh rintangan, sukar didaki, namun semua itu telah menguatkan keazaman untuk menyedarkan manusia dari kesesatan. Ujian yang bakal dihadapinya itu sungguh berat. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w melihat matlamat baginda itu masih jauh daripadanya sedangkan manusia ketika itu sememangnya sedang bergelut dengan adat dan kebiasaan Jahiliah. Dengan tenaga yang terlalu kecil, Rasulullah s.a.w mengorak langkah di dalam menyeru manusia kepada agama Tauhid.
Berbagai ujian dan cabaran dihadapi oleh baginda s.a.w. Beliau dituduh gila dan difitnah, namun semuanya itu dilalui dengan penuh keyakinan dan tidak terusik sedikit pun daripada keimanannya. Para pemuka Musyrikin semakin bingung. Setiap hari semakin ramai pula yang mengikuti Muhammad s.a.w. Lalu ditawarkan kepada baginda kekayaan, kuasa dan wanita. Semuanya itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w berkata : "Bukan semua itu yang aku inginkan. Aku tidak membawa seruanku ini untuk mengambil harta kekayaan kamu, bukan juga untuk menuntut agar diberi pangkat dan kemulian, dan juga bukan untuk aku menjadi raja ke atas kamu. Bukan itu semua. Akan tetapi, Tuhan telah mengutusku kepada kamu untuk menjadi Rasul. Tuhan telah menurunkan ke atasku sebuah kitab, serta memerintahku untuk menyampaikan berita gembira dan berita ancaman. Aku kini telah sampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku. Aku telah berusaha menasihati kamu. Jika kamu terima dengan apa yang aku sampaikan itu, nescaya itu menjadi bahagian kamu di dunia dan di akhirat. Dan jika kamu menolaknya, maka aku harus bersabar sampai perutusan Tuhan yang akan mengadilinya di antara aku dengan kamu."
Setelah dari itu, bermula pertentangan dan penganiyaan terhadap kaum Muslimin yang mengikut Rasulullah s.a.w. Hal itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Keyakinan umat diuji sekali lagi pada tahun ke sebelas selepas perutusan Muhammad s.a.w menjadi nabi dan rasul. Maka pada tahun itulah berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj. Banyak di kalangan umat muslimin yang murtad dan tidak kurang juga bertambah keimanannya.
Peristiwa Isra' dan Mikraj ini merupakan pembersihan dan penyucian yang total dalam pandangan kaum Muslimin dan menjadi benteng pemisah terhadap kaum Musyrikin. Siapa yang yakin terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, manakala yang ragu terpisah dengan sendirinya dan menyertai golongan kuffar yang rugi di dunia dan akhirat.



Firman Allah : "Maha suci Tuhan yang menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya supaya Kami memperlihatkan keterangan-keterangan Kami kepadanya. Sesungguhnya Dia Mendengar lagi Melihat." (Al Isra': 1)
Peristiwa tersebut telah mempersaksikan Rasulullah akan kebesaran Allah s.a.w di mana sebelum naiknya Rasulullah s.a.w ke langit, beliau telah dibedah dadanya dan dicuci dengan air zamzam dan dimasukkan hikmah dan iman. Kemudian diIsra'kan baginda pada malam itu dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dan dipertemukan Rasulullah s.a.w dengan roh para-para Nabi dibeliau mengimami sembahyang sunat di antara mereka.
Di dalam sebuah hadith yang dirawikan oleh Imam Ahmad:
"Berkata Imam Ahmad: Telah berbicara kepada kami Hassan bin Musa, katanya telah berbicara kepada kami Hammad bin Salamah, katanya telah memberitahu kami Tsabit Al Bunani daripada Anas bin Malik, bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kenderaan Buraq telah dibawakan kepadaku, sedang ia adalah binatang berwarna putih, bentuknya lebih besar sedikit daripada keldai dan kecil dari baghal, kakinya diletakkan di hujung buntutnya.
Aku mengenderainya hingga sampai di Baitul-Maqdis. Aku ikat tali ikatan kenderaan itu di tempat di mana para Nabi mengikat kenderaan masing-masing. Kemudian aku pun masuk ke dalam masjid itu dan bersembahyang dua rakaat, kemudian aku keluar, sedang Jibril datang mendapatiku dan di tangannya ada dua bekas, satu berisi Khamar (arak) dan satu lagi berisi susu. Aku memilih bekas yang berisi susu. Ujar Jibrail: Engkau telah memilih fitrah (yang bersih) Baginda bercerita lagi, katanya : Aku lalu dinaikkan ke kawasan langit dunia, maka Jibril pun memohon izin untuk menembusinya.Tiba- tiba satu suara bertanya:
Suara: Siapa gerangan engkau?
Jibril : Aku Jibril.
Suara: Siapa bersamamu?
Jibril : Muhammad.
Suara: Sudahkah ia diutus?
Jibril : Sudah.
Kami pun dibenarkan masuk, lalu aku pun bertemu dengan Adam yang datang menyambut kedatanganku, dan ia mendoakan aku dengan yang baik-baik. Kemudian kami dinaikkan pula ke lapisan langit yang kedua, maka Jibril pun memohon izin untuk menembusinya.
Tiba- tiba satu suara bertanya:
Suara: Siapa gerangan engkau?
Jibril : Aku Jibril.
Suara: Siapa bersamamu?
Jibril : Muhammad.
Suara: Sudahkah ia diutus?
Jibril : Sudah.
Kami pun dibenarkan masuk, lalu aku pun bertemu dengan sepupu-sepupuku daripada sebelah ibu, Yahya dan Isa yang datang menyambut kedatanganku, dan ia mendoakan aku dengan yang baik-baik.
Kemudian kami dinaikkan pula ke lapisan langit yang ketiga, maka Jibril pun memohon izin untuk menembusinya.Tiba- tiba satu suara bertanya:
Suara: Siapa gerangan engkau?
Jibril : Aku Jibril.
Suara: Siapa bersamamu?
Jibril : Muhammad.
Suara: Sudahkah ia diutus?
Jibril : Sudah.
Kami pun dibenarkan masuk, lalu aku pun bertemu dengan Yusuf a.s yang datang menyambut kedatanganku, rupa-rupanya dia telah dikurniakan sebahagian dengan kecantikan, dan ia mendoakan aku dengan yang baik-baik.
Kemudian kami dinaikkan pula ke lapisan langit yang keempat, maka Jibril pun memohon izin untuk menembusinya. Tiba- tiba satu suara bertanya:
Suara: Siapa gerangan engkau?
Jibril : Aku Jibril.
Suara: Siapa bersamamu?
Jibril : Muhammad.
Suara: Sudahkah ia diutus?
Jibril : Sudah.
Kami pun dibenarkan masuk, lalu aku pun bertemu dengan Idris yang datang menyambut kedatanganku, dan ia mendoakan aku dengan yang baik-baik.
Di dalam Al Quran Allah telah berfirman : "Dan Kami (Allah) telah mengangkatnya (Idris) ke tempat yang tinggi."
Kemudian kami dinaikkan pula ke lapisan langit yang kelima, maka Jibril pun memohon izin untuk menembusinya. Seperti biasa satu suara bertanya:

Suara: Siapa gerangan engkau?
Jibril : Aku Jibril.
Suara: Siapa bersamamu?
Jibril : Muhammad.
Suara: Sudahkah ia diutus?
Jibril : Sudah.
Kami pun dibenarkan masuk, lalu aku pun bertemu dengan Harun yang datang menyambut kedatanganku, dan ia mendoakan aku dengan yang baik-baik.
Kemudian kami dinaikkan pula ke lapisan langit yang keenam, maka Jibril pun memohon izin untuk menembusinya. Tiba- tiba satu suara bertanya seperti biasa:
Suara: Siapa gerangan engkau?
Jibril : Aku Jibril.
Suara: Siapa bersamamu?
Jibril : Muhammad.
Suara: Sudahkah ia diutus?
Jibril : Sudah.
Kami pun dibenarkan masuk, lalu aku pun bertemu dengan Musa a.s yang datang menyambut kedatanganku, dan ia mendoakan aku dengan yang baik-baik.
Kemudian kami dinaikkan pula ke lapisan langit yang ketujuh, maka Jibril pun memohon izin untuk menembusinya. Tiba- tiba satu suara bertanya:
Suara: Siapa gerangan engkau?
Jibril : Aku Jibril.
Suara: Siapa bersamamu?
Jibril : Muhammad.
Suara: Sudahkah ia diutus?
Jibril : Sudah.
Kami pun dibenarkan masuk, lalu aku pun bertemu dengan Ibrahim a.s yang datang menyambut kedatanganku, sedang bersandar kepada Baitul Makmur.
Di Baitul Makmur ini ada seramai 70 ribu malaikat yang mengunjunginya pada setiap hari, bila mereka masuk, mereka tidak akan keluar lagi daripadanya. Dari situ aku seorang diri yang meneruskan perjalanan ke Sidratul Muntaha, suatu pohon yang dedaunnya selebar telinga gajah, dan buah-buahannya berjuntai-juntai seperti dari atas para-para. Pohon Sidratul Muntaha itu ditutup dengan perintah Allah. Apa yang menutupnya, maka tiada seorang pun dari makhluk Allah yang sanggup mensifatkan kecantikan dan keindahannya.



Maka disitulah Allah mewahyukan kepadaku apa yang hendak diwahyukan. Dia telah memfardhukan ke atasku sebanyak 50 sembahyang pada siang hari dan malamnya.
Aku pun turun dari situ sehingga sampai ke tempat Musa, lalu ia bertanya kepadaku katanya :
Musa : Apakah yang difardhukan Tuhan kepada umatnya?
Muhammad : Lima puluh sembahyang pada siang dan malam.
Musa : Kembalilah kepada Tuhanmu ! Minta diringankan ke atas umatmu, kerana umatmu tidak boleh menanggung perintah seberat serupa itu. Sesungguhnya aku telah menguji Bani Israel dan kebolehan mereka.
Rasulullah menyambung kisahnya lagi katanya: Aku lalu pergi mengadap Tuhanku lagi dengan memohon: "Duhai Tuhanku ! Apakah dapat kiranya engkau meringankan sedikit ke atas umatku. Tuhan mengurang sebanyak lima sembahyang.
Aku lalu turun dari situ sehingga bertemu dengan Musa, lalu dia bertanya :
Musa : Apa halmu ?
Muhammad : Dikurangi lima sembahyang ?
Musa : Sesungguhnya umatmu tidak sanggup melaksanakannya. Kembali kepada Tuhanmu, pinta dikurangkan lagi bagi umatmu.
Berkata Rasulullah seterusnya : Aku terus berulang antara tuhanku dengan Musa dan setiap kali aku menghadapiNya memohon keringanan, Dia mengurangkan lima sembahyang, sehingga akhirnya menjadi lima sahaja.
Lalu Tuhan berfirman : Wahai Muhammad ! Itulah lima sembahyang setiap siang dan malam, pada setiap satu daripadanya dikira sepuluh, kesemuanya menjadi lima puluh sembahyang.
Barang siapa yang bercita-cita membuat kebajikan, lalu terhalang untuk melakukan, akan dicatatkan baginya satu kebaikan. Jika ia melakukannya, dicatatkan baginya sepuluh kebaikan. Dan barangsiapa yang bercita-cita berbuat kejahatan, lalu dibatalkan cita-cita itu, tidak dicatitkan apa-apa, sehingga ia melakukannya, barulah dicatitkan baginya satu kejahatan.
Aku pun turunlah sehingga bertemu lagi dengan Musa dan aku memberitahunya.
Musa berkata pula :
Musa : Kembalilah kepada Tuhanmu, dan pohon diringankan lagi ke atas umat. Aku tahu umatmu tidak boleh menanggungnya.
Muhammad : Tidak ! aku tidak boleh kembali lagi kepada Tuhanku, aku malu kepadanya. (Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Berkata Baihaqi : Sebagaimana yang tersebut itu bahawasanya Mikraj Nabi naik ke langit berlaku pada malam baginda Rasulullah s.a.w di Isra'kan dari Makkah ke Baitul Makdis.



Kemudian Rasulullah s.a.w bertemu dengan berbagai-bagai kaum yang memperbuat sesuatu yang menjadi balasan ke atas amal perbuatan di akhirat seperti segolongan manusia yang menuai hasil tanaman tetapi semakin menuia semakin banyak hasil tanaman. Maka itulah perumpamaan bagi mereka yang berjihad fi sabilillah yang mana setiap pahala digandakan oleh Allah s.a.w.
Begitu juga dengan golongan yang menyiksa dirinya dengan menghancurkan kepala mereka dengan batu tetapi apabila pecah kepala mereka, kemudian kembali seperti sediakala dan dihempapkan lagi dengan batu sehingga pecah kembali. Begitulah seterusnya yang mana ia adalah iktibar kepada mereka yang malas mengerjakan sembahyang fardhu.
Juga mereka yang suka makan daging busuk yang merupakan perumpamaan mereka yang mempunyai isteri yang sah tetapi masih mencari perempuan-perempuan jalang.
Dan berbagai-bagai lagi peristiwa yang dilihatkan kepada Rasulallah s.a.w mengenai balasan dosa-dosa dan pahala yang akan diberikan di akhirat kelak. Semuanya bergantung di atas amal perbuatan yang kita lakukan di muka dunia ini. Andaikata baik perbuatan yang kita lakukan serta ada nilai pahala di sisi Allah, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan yang berlipat ganda.
Jikalau sebaliknya di dunia, hidup kita lalai dan lupa terhadap perintah Allah, maka sebaliknya pula Allah akan membalas kejahatan dan maksiat yang kita lakukan di akhirat.
Ingatlah kenikmatan maksiat yang kita lakukan di dunia ini amat sekejap, tetapi balasan yang Allah sediakan untuk kita itu teramat panjang dan azab. Bertaubatlah sementara masih berpeluang.
Kesimpulannya, kisah Isra dan Mikraj ini telah berlaku berzaman yang silam dan ia adalah pintu keyakinan terhadap umat manusia menilai nilai-nilai hidup yang soleh lagi sempurna. Hikmah taubat dengan diberikan contoh dibedah dada Rasulullah s.a.w adalah kunci di dalam menerokai alam kerohanian yang tinggi.
Dengan diberinya gambaran penerimaan Rasulullah s.a.w terhadap perintah sembahyang itu, terselit kebesaran dan keagungan hakikat sembahyang sebagai jalan untuk menuju kepada Allah.
Benarlah kata Rasullullah s.a.w apabila ditanya oleh Jibril tentang Ihsan: "Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jikalau kamu tidak melihatNya, maka Dia melihat kamu."
Di sinilah kemuncak pengabdian hamba kepada tuhannya yang terlalu dekat dengan Allah di dalam sembahyang sebagaimana dekatnya Rasulullah s.a.w apabila bertemu dengan Allah di Mustawa.
Firman Allah : "Kemudian dia mendekatkan dan bertambah dekat. Maka jaraknya hanya antara anak panah dengan busurnya atau lebih dekat lagi ." (An Najm: 8-9)
Inilah Musyahadah. Fahamilah hal ini dengan kefahaman yang tajam. Barang siapa yang menghiasi dirinya yang lahir dengan mujahadah, maka Allah akan hiasi batinya dengan Musyahadah. Barang siapa yang kenal dirinya, maka dia akan kenal Allah. Kenal diri dengan Mujahadah. Kenal Allah dengan Musyahadah. Wallahu A'lam.

Sabtu, 22 Mei 2010

Kebenaran Di sebalik tajuk "Seorang Guru"



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pantun Hari Guru
Dedikasi untuk semua guru
(Tersiar dalam Pelita Bahasa, Mei 2008)

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa;
Lima belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru janganlah dilupa.

Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang;
Tanpa guru siapalah kita.
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangnya,
Hanya percaya kuasa Tuhan;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terpikat;
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru marilah raikan.

SELAMAT HARI GURU!!!!!

Begitulah terungkapnya lafaz yang meninggikan taraf seorang manusia yang bergelar guru, guru disanjung kerana bermula dari gurulah lahirlah manusia yang bergelar Pardana Menteri, dari guru jualah adanya doktor, lawyer, polis dan sebagainya hatta seorang penagih dadah serta penjenayah, penerima rasuah juga pernah menuntut ilmu dari seorang insan yang bernama GURU.

Kebenaran seorang yang bergelar guru kini bukanlah seperti yang terungkap pada pantun yang panjang atau hanya pada sambutan Hari Guru setiap tahun, kebenaran bukanlah pada gaji guru yang diterima setiap bulan atau jawatan tetap atau pada cuti-cuti sepanjang tahun. Tetapi pada kehidupan sebenar pada masa kini yang memerlukan pengorbanan melebihi kemampuan, sehingga ada yang mengalami tekanan mental sehingga sanggup membunuh diri.



Merujuk satu artikel di dalam Utusan Malaysia yang dikirim oleh seorang bapa bergelar Fauzi Asmara dari daerah Guar Cempedak, Kedah yang mempertikaikan kerja guru, makhluk yang menggelarkan Fauzi Asmara ini menempelak guru-guru dan pensyarah yang dikatakan terbeban oleh tugas-tugas yang bukan berkaitan tugas, bahkan membandingkan sikap guru sekarang yang suka merungut dengan ketekunan bapanya yang pernah menjadi guru. Beliau kesal kerana permohonan anaknya untuk menjadi guru tidak diterima dan menyalahkan guru-guru yang sedia ada, bahkan mencabar guru-guru untuk meletakkan jawatan dan bekerja sepertinya sebagai seorang peniaga yang diibaratkan makan pagi kais pagi dan kais petang makan petang.

Ringkasnya, begitulah sikap manusia kelas ketiga yang penuh dengan sikap dan perasaan hasad dengki. Mungkin kerana tiada keberkatan ilmu dek sikapnya yang tidak menghormati guru maka Allah menyempitkan laluan hidupnya. Insaflah wahai sahabat yang bergelar Fauzi Asmara. Wahai sahabatku, sedarlah rezek peniaga Rasulullah telah sebutkan 9/10, mengapa perlu persoalkan pengorbanan guru? mungkin sahabat berniaga bukan dengan cara yang betul, fikirkan.......



Sahabtku Fauzi Asmara. andai engkau tebaca tulisan ini. Sedarlah sudah ramai jutawan melayu yang berjaya melalui perniagaan. Dan sebutkan satu nama guru yang menjadi jutawan kerana kerjayanya sebagai guru? kalau Jutawan Hutang ada la.

Selasa, 2 Mac 2010

Kebejatan Sosial Meruntuh Ekonomi Negara

Assalamualaikum,
Salam 1 Aqidah, 1 Ukhuwwah, 1 Jamaah.

Agak lama saya tidak meluahkan apa yang terbuku di hati dan juga fikiran, meski pun masa dan massa mengalirkan pelbagai isu untuk dibaca, dikesali dan diratapi. Tapi ia tidak mampu dan tidak cukup untuk membuatkan jiwa yang bertuhankan syaitan serta hati bernafsu binatang itu sedar akan kebodohan mereka membunuh insan yang belum sedar kenikmatan dunia ibarat seperti mereka membunuh nyamuk tanpa terusik edi hati rasa bersalah.

Bukan bidang saya berfalsafah tetapi itulah ungkapan yang terbit spontan dari hati apabila akhir-akhir ini sering terpampang di dada akhbar berita membuang bayi, membunuh bayi dan penderaan kanak-kanak yang menyayat hati. Soalan-soalan Mengapa semua ini berlaku?, siapa perlu dipersalahkan?, di mana sifat kemanusiaan? Apakah penyelesaiannya? dan pelbagai persoalan lagi telah lama diperbincangkan. Tetapi begitulah sikap umat kini yang tak serik "jatuh ke dalam lubang biawak berkali-kali", kerana malu untuk mengakui apakah kita umat Islam yang sejati sedangkan Rasulullah pernah besabda yang bermaksud "Orang Islam itu tidak akan jatuh ke dalam lubang biawak dua kali", tapi kalau dah jatuh berkali-kali pun masih mengaku Islam, apa boleh dikata. Tepuk Dada, tanyalah Iman dan Taqwa.

Timbul seribu persoalan apabila ada pihak yang kononnya berasa bertanggungjawab ingin membantu bakal-bakal ibu yang "tidak sah taraf" dengan cara mewujudkan rumah-rumah khas untuk mereka melahirkan anak-anak "tidak berbapa". bunyinya macam pelik, pelik tapi benar. Begitulah pembaziran wang rakyat yang digunakan secara "tidak cerdik", sedangkan ruang perzinaan terbentang luas dijadikan pelaburan yang merugikan dan menghasilkan "produk bernyawa" dek kerana perbuatan haram zina yang pasti tidak memberikan apa-apa keuntungan.

Sedang ekonomi negara bagaikan "tak cukup nafas" kerana pelabagai masalah penyelewengan dan rasuah, maka dana negara dilaburkan dengan membeli hiburan dari segenap pelosok dunia. Kalau disebutkan tajuk hiburannya tentu tak cukup perenggan karangan , bermula dengan telenovela latinnya, filem indonnya dan pelbagai rancangan realiti TV yang merosakkan nilai moral dan adab ketimuran. Apatah lagi sebagai Muslim, di manakah jalan hidup bersyariat yang diperintahkan Allah dan Rasulnya, sepatutnya dipertahankan dan diamalkan.

Sedarlah wahai rakyat 1 Malaysia, sekalipun kita pelbagai bangsa dan agama, adakah agama-agama kamu menyuruh untuk merosakkan orang lain?, adakah agama-agama kamu memerintahkan agar merosak dan melingkupkan negara kamu? pasti jawapannya "tidak.". Oleh itu ayuhlah wahai rakyat 1 Malaysia! kita tanam 1 kesedaran untuk mencari jalan dan juga menyokong langkah mencegah apa sahaja peluang yang boleh menyebabkan berlakunya perzinaan seperti pergaulan lelaki dan wanita yang terlalu bebas dan anasir-anasir yang meransang nafsu syahwat yang boleh mengakibatkan salah laku seks dan seumpamanya.

Wallahu a'lam........

Isnin, 23 November 2009

Bapak Polisi Syariah

Salamullahi alaikum warahmatuhu Wabarakatuh

Lama menyepi kerana menumpukan pada kerja pengkeranian di sekolah yang tak pernah putus selagi mana nafas tak putus.

Bukan sekadar menjadi diari peristiwa yang dilalui tetapi ada idea di sebalik peristiwa yang jika kita laksanakan tentu manfaatnya besar InsyaAllah.

Petang tadi ketika melalui perjalanan di sempadan antara Kedah dan Perlis, kenderaan yang dipandu saya dan rakan melintasi satu sekatan jalan raya. Terungkap cerita pengalaman rakan tadi tentang pengalamannya ketika di Acheh, Indonesia. Ceritanya, di Acheh Indonesia apabila ada satu-satu sekatan jalan raya akan ada bersama Bapak Polisi (Polis) di situ yang dipanggil Bapak Polisi Syariah (Polis Syariah), bapak polisi syariah berfungsi memeriksa pemandu dan penumpang sekiranya ada di antara mereka yang bukan mahram, sekiranya di dapati ada lelaki dan wanita si Bapak Polisi Syariah akan meminta pengenalan sama ada dapat dibuktikan mereka adalah pasangan suami isteri atau bersaudara. Tujuannya bagi mengelakkan adanya pasangan bukan mahram berdua-duaan dan dapat mengurangkan perlakuan zina.

Jika mengimbau kembali satu ketika Dr. Asri menjadi mufti Negeri Perlis dahulu, pelbagai isu ditimbulkan dan diperhangatkan beliau dan salah satu isu yang tidak dapat dilupakan ialah berkaitan "Tajassus" atau diertikan sebagai Intipan. Intipan yang dimaksudkan ialah intipan terhadap pasangan yang melakukan perbuatan (maksiat) dan perzinaan. Mungkin betul tindakan Bekas Mufti tersebut kerana mengaplikasikan larangan Allah yang melarang melakukan intipan kesalahan dan keburukan Muslim yang lain, tetapi dalam masa yang sama menjaga maslahah yang lebih besar perlu diambil kira. Mungkin perbuatan mengintip dilihat sebagai tidak berakhlak dan tidak beretika tetapi perlu ada satu langkah untuk menyelesaikan seterusnya membasmi perlakuan zina dan apa sahaja yang menjurus ke arah perzinaan.

Pendekatan yang dilakukan oleh pemerintah Banda Acheh seperti diceritakan di atas boleh diaplikasikan di negara ini dan khususnya di Negeri Perlis ini, apatah lagi negeri ini meletakkan Sunnah wal Jamaah sebagai dasar. Daripada membiarkan pasangan bukan mahram bersekedudukan, lebih baik dicegah lebih awal seperti satu kaedah fiqh yang berbunyi "al Wiqayah Khairun minal I'laj" atau 'Pencegahan itu lebih baik daripada mengubati". Jika di Acheh sana kerajaan pemerintah melantik Polis Syariah mengapa tidak polis di negara kita melakukan operasi sekatan jalan raya bersama-sama Jabatan Agama Islam Negeri di samping mengenakan hukuman kepada pasangan yang disabitkan dengan kesalahan menghampiri zina sesuai dengan larangan Allah yang bermaksud "Janganlah kamu menghampiri zina".

Hakikatnya jika benar seseorang pemerintah itu inginkan Islam,walaubagaimana sukar sekalipun ia akan ushakan untuk melaksanakan hukum-hakam Allah. Tetapi jika hanya sekadar mengakui tanah yang dipijak dan langit yang dijunjung adalah Islam, sebaliknya segala peluang dan ruang perzinaan disediakan, maka jelaslah pemerintah dan ulamak yang bersekongkol sekadar mencari populariti serta menjadi penipu di sebalik lakonan mereka untuk mengambil hati masyarakat yang jahil.