Sabtu, 29 November 2008

Kopi Tiruan Bukan Islam Tiruan

Sayugianya saya baru terperasan dalam sebuah keratan surat khabar Metro 11 nov lalu tentang ada pihak yang tidak bertanggunjawab menciplak bulat-bulat kopi Radix keluaran HPA. Walaupun sebelum itu sudah ada khabar angin pus-pus pasal berita ini dari rakan-rakan stokis HPA, tapi macam tak percaya. Kebetulan 3 hari lalu saya tersinggah di stokis Jerantut, baru nampak poster awas kopi Radix tiruan. Sahabat stokis pun menunjukkan perbezaan kopi Radix "ori" dan yang tak "ori", kalau orang yang jarang-jarang minum kopi Radix ni susah nak bandingkan antara yang asli dan yang tiruan (palsu). Khabarnya, bangsa yang buat khianat ialah dari kalangan bangsa yang baru lepas mempertikai ketuanan Melayu baru-baru ni, mungkin sebab masih terasa panas "video terlampaunya" menyebabkan ia terlatah macam tu agaknya. Kalau pokok yang menumpang pada satu pokok lain dan pokok yang ditumpang itu mati disebabkan pokok tumpang, kita istilahkan sebagai "PARASIT". tetapi kalau bangsa yang asalnya menumpang tanah orang, dan menyebabkan tuan tanah macam nak lari dari tanah sendiri, apa agaknya istilah yang sesuai untuk bangsa begini? kecuali mereka bersatu dengan tuan tanah dan memberi manfaat kepada tuan tanah, mungkin kita boleh gelarkan sebagai "SIMBIOSIS" kut?(Boleh rujuk istilah ini dalam buku sains, kalau salah boleh maklumkan kepada penulis, terima kasih)

Apa yang suka saya nak ketengahkan ialah sikap segelintir bangsa Melayu yang teras agamanya adalah Islam, sanggup mengadaikan agama dan bangsa sendiri demi keuntungan yang tidak seberapa dan hanya bersifat sementara. Tidak boleh dinafikan bahawa ada pihak seagama yang bersekongkol dengan kafir tersebut dalam hal khianat mengkhianat ni. Apatah lagi kafir-kafir tersebut telah lama merancang untuk melingkupkan ekonomi Melayu Islam di negara ini. Apabila ada bangsa sendiri yang ingin membantu kafir-kafir ini, maka halnya ibarat kafir mengantuk disorongkan bantal oleh pengkhianat bangsa sendiri.

Keduanya, kegagalan majoriti Muslim di Malaysia menguasai bangsa bukan Melayu untuk bersama dengan kita sehingga boleh memberikan kepercayaan kepada "tuan tanah" menerajui kepentingan ekonomi negara ini, apakah sebabnya wahai rakan-rakan seagama sekelian (tak kira mat rempit, mat pit atau mat pub, asalkan beragama Islam)?. Tak perlu tepuk dada atau tanyakan selera, kerana jawapannya ada pada kita tetapi sengaja dialpakan. Maka ada yang masih bertanya, mengapa dialpakan? Sebabnya, kita semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar, hidup kita sudah terpesong syariat Allah dan terpinggir dari al-Quran serta as-Sunnah. Andai kata kita berjaya kembali kepada Islam yang hakiki nescaya semakin bertambahlah sahabat-sahabat seagama kita seperti saudara Ridwan Tee, Saudara Hussien Yee, Ustaz Farid Ravi dan ramai lagi. Bahkan akan ada bangsa Tiong Hua ini yang akan bersama kita memperteguhkan ekonomi Islam di negara ini. Ibarat kata daripada menentang mereka, lebih baik menarik mereka bersama kita. Asasnya, dakwah Bil Hal (secara tidak langsung) dengan menonjolkan identiti dan kualiti masyarakat Islam yang syumul kepada mereka. Persoalannya dimanakah kita akan bermula. Sahabat saya pernah menyebut "kalau bukan di sini, di mana lagi? Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?". Pandai-pandailah fikir.

Sebagai penyudah ingin diingatkan kepada diri ini dan sesiapa yang sudi membaca karya sepontan ini, sesungguhnya kita sentiasa menanggung tanggunjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Sampaikan kebenaran ajaran Islam meskipun ia sukar dan katakan yang benar walaupun ia pahit. Ingatlah mafhum sebuah sabda baginda s.a.w "Sesungguhnya Saidina Hamzah itu penghulu kepada para shuhada' dan juga mereka yang dibunuh oleh pemerintahnya kerana menyatakan kebenaran",(Mafhum hadis). Mudah-mudahan dakwah yang sampai kepada masyarakat kafir di sekeliling kita sehingga akan memberikan kesan serta disusli hidayah Allah. Sekurang-kurangnya, kalau mereka boleh tiru Kopi Radix mengapa tidak tiru Islam.

Isnin, 24 November 2008

Bahaya Doktrinisasi Indon

Engak bisa...
Bikin panas...
Susah bangat...

Ungkapan-ungkapan tersebut bukanlah sesuatu yang asing dan sering didengari dari drama dan filem yang diimport dari "seberang". Bahkan sering juga menjadi permainan bahasa dari kalangan anak-anak. Hairan dan tertanya-tanya, apabila sahaja melintas di hadapan TV Panasonic ni asyik-asyik dengan drama bersiri dari "seberang". Bukanlah di sini untuk menghina bahasa dan loghat Indon yang digunakan, tetapi apakah kesan cerita, drama dan filem Indon ini memberi kesan positif terhadap mentaliti dan menambah nilai yang baik kepada anak-anak kita?.

Tidak dinafikan pihak penyiaran televisyen turut menyelitkan drama-drama Indon yang ada nilai keagamaan dan teladan. Tetapi hanya ditayangkan pada sebelah malamnya ketika anak-anak kita telah lama dibuai mimpi. Sedangkan drama seperti ini boleh memberi kesan terhadap diri mereka dan memantapkan keimanan terhadap balasan Allah jika melakukan kemungkaran dan kezaliman. Persoalannya, apakah pihak media ini hanya menayangkan drama yang memberi manfaat ini bukan pada waktunya semata-mata untuk menutup dakwaan kerana sengaja menayangkan drama indon yang tiada nilai moralnya pada waktu siang?

Selama ini kita memahami konsep menutup aurat, kita juga mengerti apakah batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram bahkan kita cukup pasti antara perkara yang haram dan yang halal. Tetapi sedikit demi sedikit kita semakin was-was dan ragu-ragu dengan kefahaman tentang hal hukum hakam setelah hadirnya aktor serta aktress keindonesiaan yang pelik. Mahunya tak pelik sedang mulut si aktressnya terbit kalimah Allah sedangkan rambut dan dadanya terpelahang menjolok mata, seketika air matanya bercucuran melecuni bumi dan tangannya diangkat menadah momohon pertolongan Allah tetapi sedih kalau pakainya elok sedikit jika dibandingkan daripada bertelanjang. Beginilah Islam Liberal yang cuba diterapkan kepada generasi muda masa kini. Bagaimanakah generasi yang rapuh kefahaman agamaannya akan menyokong sebuah negara Islam bernama Malaysia beberapa dekad mendatang?

Jika kita sama-sama berfikir demi masa depan anak-anak kita, adakah ini agenda tersembunyi yang akan menyebabkan generasi masa depan yang masih "rebung " ini terpesong sedikit demi sedikit daripada agama Islam?, agama yang menjadi teras kehidupan dan yang kita pertahankan walau tergadai harta dan nyawa. Apa yang dirisaukan juga, jika semua ini merupakan rancangan golongan yang bencikan survival Islam di muka bumi Malaysia ini khususnya. Berhati-hatilah kita wahai rakan seaqidah sekelian, musuh kita ini berusaha dengan apa jua jalan yang boleh merosakkan kita dan generasi pewaris agama dan bangsa kita.

Sekalipun kita (umat Islam) masih ramai di serata dunia, tapi ingatlah ramai bukanlah bererti kuat jika tidak bersatu. Dalam sebuah hadith yang mengambarkan umat Islam akhir zaman, baginda s.a.w. menjawab pertanyaan sahabat tentang ramaikah umat Islam ketika ini, maka sabda Baginda s.a.w: "Bahkan kamu (umat Islam akhir zaman) sangat banyak, tetapi kamu ibarat buih-buih ketika banjir, ketika itu Allah mencabut dari hati-hati musuh kamu rasa gentar terhadap kamu...". Pernahkah kita terfikir, generasi kita sudah semakin jauh dari kefahaman dan amalan yang didasari agama Islam. Sekularisme diam semakin membarah dan membutakan kebanyakan kita tentang hakikat Islam, apakah buta dan pekak Islam seumpama ini akan membawa kita menjadi Palestin kedua?

Pengakhiran dari peringatan ini, ayuhlah duhai saudara yang belum sedar....jika kita inginkan anak yang sebijak Imam Syafie janganlah kita lalaikan mereka dengan drama Indon di TV. Andai kita inginkan anak sehebat Ibnu Sina, jauhkanlah zuriat kita dari lalai dan leka dengan hasutan budaya hiburan terlampau yang durjana. Mari kita bina semula environment tarbiah Islamiyah yang diredhai Allah..

Ahad, 23 November 2008

Tarbiah tidak berkesan

Sahahabat-sahabat sePerlis dan seMalaysia mari kita fikirkan......
Tak malukah kita dengan cerita pelajar menyerang guru?
Tak aibkah kita dengan berita murid bertumbuk kerana sebuah basikal?
Mengapa apabila "Sajak Kematian" tidak dibela?
Tak sedihkah dua beradik dipukul teruk kerana keputusan UPSR yang rendah?

Semua persoalan ini saling berkaitan jawapannya, jawapan sudah pasti berkaitan isu pendidikan atau lebih sedap disebut sebagai "Tarbiah". Dimanakah ibubapa apabila guru terpaksa lari kerana diserang oleh pelajar sedangkan ibu atau bapa akan bercekak pingang dihadapan guru kerana anaknya didenda atau ditampar. Begitulah hakikat, ibu bapa sekarang yang tidak ada rasa hormat kepada guru yang mendidik anak mereka agar menjadi orang berguna. Tidak hairanlah "perangai" tersebut diwarisi oleh anak. Tetapi bukan semua ibu bapa "sedurjana" itu, ada jugak yang ambil berat tentang anak-anak mereka di sekolah. Tahniah kepada ibu bapa macam ni. Semoga anak-anak yang berguna seperti yang sentiasa kita doakan ini akan menjadi penyambung amalan apabila kita sudah dipanggil menghadap Allah Azzawajalla. InsyaAllah..

Kalau tuan-tuan terbaca satu petikan dalam berita harian yang hairan lagi menghairankan, apabila satu bekas mufti kat negeri "tersunnah"(dalam B. Melayu "ter" digunakan untuk paling atau sangat) menyelar menggunakan sajak kematian untuk menyedarkan murid di sekolah rendah untuk bersembahyang atas dasar akan membawa kepada khurafat. Bila diperbincangkan dengan rakan-rakan sependidikan ada yang kata "depa (mereka dalam akhbar) putar belit kenyataan kut?". Walau apa pun hal khurafat dalam Malaysia ni seperti Puaka Niyang Rapik, Kekasihku seru, Pontianak Harum Sundal Malam dan macam lagi tidak difatwakan sebagai khurafat. Bukankah karut marut seperti ini lebih khurafat bahkan menyesatkan. Berbanding dengan sedikit adegan azab kubur yang mampu menyedarkan anak tentang kewujudan azab kubur dan kepentingan memelihara solat 5 waktu. Dalam zaman yang banyak anasir melalaikan anak-anak kita dari mengingati mati, bukankah perlu ada satu usaha untuk mengembalikan ingatan mereka terhadap kematian dan mengingati tuhan...Tak sanggup untuk mengaku dijangkiti penyakit "Wahan" , seperti sabda Baginda s.a.w apabila sahabat bertanyakan tentang penyakit Wahan. Sabda Baginda s.a.w: "Cintakan dunia dan takutkan mati". Sahabat-sahabat renungkan dan fikirkan........

Selasa, 18 November 2008

Muqaddimah


Assalamualaikum WarahmatulLah........................


Selamat datang ke blog ini, mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini akan menambahkan ilmu serta membuka minda kita semua, InsyaAllah..