Sayugianya saya baru terperasan dalam sebuah keratan surat khabar Metro 11 nov lalu tentang ada pihak yang tidak bertanggunjawab menciplak bulat-bulat kopi Radix keluaran HPA. Walaupun sebelum itu sudah ada khabar angin pus-pus pasal berita ini dari rakan-rakan stokis HPA, tapi macam tak percaya. Kebetulan 3 hari lalu saya tersinggah di stokis Jerantut, baru nampak poster awas kopi Radix tiruan. Sahabat stokis pun menunjukkan perbezaan kopi Radix "ori" dan yang tak "ori", kalau orang yang jarang-jarang minum kopi Radix ni susah nak bandingkan antara yang asli dan yang tiruan (palsu). Khabarnya, bangsa yang buat khianat ialah dari kalangan bangsa yang baru lepas mempertikai ketuanan Melayu baru-baru ni, mungkin sebab masih terasa panas "video terlampaunya" menyebabkan ia terlatah macam tu agaknya. Kalau pokok yang menumpang pada satu pokok lain dan pokok yang ditumpang itu mati disebabkan pokok tumpang, kita istilahkan sebagai "PARASIT". tetapi kalau bangsa yang asalnya menumpang tanah orang, dan menyebabkan tuan tanah macam nak lari dari tanah sendiri, apa agaknya istilah yang sesuai untuk bangsa begini? kecuali mereka bersatu dengan tuan tanah dan memberi manfaat kepada tuan tanah, mungkin kita boleh gelarkan sebagai "SIMBIOSIS" kut?(Boleh rujuk istilah ini dalam buku sains, kalau salah boleh maklumkan kepada penulis, terima kasih)
Apa yang suka saya nak ketengahkan ialah sikap segelintir bangsa Melayu yang teras agamanya adalah Islam, sanggup mengadaikan agama dan bangsa sendiri demi keuntungan yang tidak seberapa dan hanya bersifat sementara. Tidak boleh dinafikan bahawa ada pihak seagama yang bersekongkol dengan kafir tersebut dalam hal khianat mengkhianat ni. Apatah lagi kafir-kafir tersebut telah lama merancang untuk melingkupkan ekonomi Melayu Islam di negara ini. Apabila ada bangsa sendiri yang ingin membantu kafir-kafir ini, maka halnya ibarat kafir mengantuk disorongkan bantal oleh pengkhianat bangsa sendiri.
Keduanya, kegagalan majoriti Muslim di Malaysia menguasai bangsa bukan Melayu untuk bersama dengan kita sehingga boleh memberikan kepercayaan kepada "tuan tanah" menerajui kepentingan ekonomi negara ini, apakah sebabnya wahai rakan-rakan seagama sekelian (tak kira mat rempit, mat pit atau mat pub, asalkan beragama Islam)?. Tak perlu tepuk dada atau tanyakan selera, kerana jawapannya ada pada kita tetapi sengaja dialpakan. Maka ada yang masih bertanya, mengapa dialpakan? Sebabnya, kita semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar, hidup kita sudah terpesong syariat Allah dan terpinggir dari al-Quran serta as-Sunnah. Andai kata kita berjaya kembali kepada Islam yang hakiki nescaya semakin bertambahlah sahabat-sahabat seagama kita seperti saudara Ridwan Tee, Saudara Hussien Yee, Ustaz Farid Ravi dan ramai lagi. Bahkan akan ada bangsa Tiong Hua ini yang akan bersama kita memperteguhkan ekonomi Islam di negara ini. Ibarat kata daripada menentang mereka, lebih baik menarik mereka bersama kita. Asasnya, dakwah Bil Hal (secara tidak langsung) dengan menonjolkan identiti dan kualiti masyarakat Islam yang syumul kepada mereka. Persoalannya dimanakah kita akan bermula. Sahabat saya pernah menyebut "kalau bukan di sini, di mana lagi? Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?". Pandai-pandailah fikir.
Sebagai penyudah ingin diingatkan kepada diri ini dan sesiapa yang sudi membaca karya sepontan ini, sesungguhnya kita sentiasa menanggung tanggunjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Sampaikan kebenaran ajaran Islam meskipun ia sukar dan katakan yang benar walaupun ia pahit. Ingatlah mafhum sebuah sabda baginda s.a.w "Sesungguhnya Saidina Hamzah itu penghulu kepada para shuhada' dan juga mereka yang dibunuh oleh pemerintahnya kerana menyatakan kebenaran",(Mafhum hadis). Mudah-mudahan dakwah yang sampai kepada masyarakat kafir di sekeliling kita sehingga akan memberikan kesan serta disusli hidayah Allah. Sekurang-kurangnya, kalau mereka boleh tiru Kopi Radix mengapa tidak tiru Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan