Khamis, 4 Jun 2009

Ah Long dan PTPTN Sama Ja Kut?

Assalamualaikum......

Sebagai manusia kita selalu berada dalan kecelaruan dan sentiasa mencari petunjuk, maka sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Allah. Seandainya ini satu tanggapan yang tidak pasti maka janganlah ambil peduli tetapi jika ada kebenarannya maka fikirkanlah logiknya, mudah-mudahan yang terasa ada kesahihannya akan mengambil iktibar dan lebih elok kalu diambil tindakan yang sesuai serta memudahkan orang yang menjadi mangsa PTPTN itu.

Sedap kalau dimulai dengan cerita-cerita kerakusan dan kedurjanaan ah Long ini, kisah pertama ialah seperti yang digembar-gemburkan oleh media serta wacana perdana dalam sehari dua ini, apabila ah Long bertindak mengurung, merantai dan menyiksa peminjam duit mereka secara kejam seperti haiwan. Sama juga la dengan PTPTpu pun (PTPTN le tu), bezanya cuma si ah Long mengurung mangsanya dan merantai mereka dengan rantai besi atau mengurung di dalam jeriji besi, tetapi PTPTpu pulak mengurung dan merantai mangsa-mangsa mereka dengan surat lawyer, mahkamah dan undang-undang. Lebih kurang sama je kan?

Seterusnya berkaitan keterpaksaan untuk meminjam duit, logiknya orang terpaksa meminjam duit kerana keadaan yang memaksa berbuat begitu. Maka sesetengah mereka yang meminjam dengan ah Long disebabkan tiada tempat lain lagi yang sanggup meminjamkan duit apatah lagi meminjam dengan ah Long tidak memerlukan proses yang panjang. Samalah dengan PTPTpu yang datang ke kampus semasa awal-awal menjejakkan kaki di kampus (minggu orientasi), selepas taklimat lebih kurang sejam di samping menyerahkan borang pinjaman, maka pelajar diberi tempoh seminggu atau dua minggu untuk mendapatkan tandatangan saksi dan yang berkaitan (tak la susah sangat nak tandatangan saksi tu, ramai sedara-mara yang berpangkat pegawai), maka termeterailah pinjaman PTPTpu tersebut kerana nak sambung belajar mencari ilmu. Ilmu itu pula nak digunakan untuk membantu kerajaan dan masyarakat tetapi kerajaan pula tidak tahu nak membantu rakyatnya yang berkobar-kobar nak membantu kerajaan. Kalau ada orang kata kerajaan cekik darah, ada pula yang melenting dan melompat. Memanglah kerajaan yang membayar gaji tetapi pusingan duit dan jasa rakyatlah kerajaan mampu membayar gaji rakyatnya, betul tak?

Begitu juga berkaitan bunga yang ditagih oleh ah Long, lebih kurang sama la konsepnya dengan PTPTpu. Persamaannya ialah dari sudut bunga yang berlebihan, dalam 360 yang pernah dipaparkan sebelum ini tentang kekejaman ah Long apabila mengenakan bunga sebanyak RM50 sehari bagi pinjaman sejumlah RM 1000. Kejam bukan? yang nak difokuskan ialah 'berlebihan' dan 'kejam'. Sekalipun PTPTpu tidaklah setinggi itu bunganya atau bahasa 'mereka' sebagai caj perkhidmatan yang walau hanya 3%, tetapi dengan jumlah peminjam yang puluhan ribu orang 'aset negara' kini maka ia satu jumlah keuntungan yang luar biasa. Maka ia (PTPTpu) yang asal penubuhannya merupakan tabung biasiswa untuk anak bangsa mengapai cita-cita mereka di Menara Gading akhirnya menjadi 'pencekik darah' yang akan 'membankrupkan' dan menyekat poket anak bangsa dari terisi. Mahunya tak bankrup apabila 'loyar-loyar' yang diupah entah dari mana melayangkan surat-surat merah ke hidung peminjam PTPTpu ini, tertera pula kos dan caj surat merah tersebut ditanggung oleh peminjam. Sudahlah pinjaman tidak mampu dibayar ditambah pula caj yang bukan-bukan. Caj yang berlebihan dan penganiayaan itulah yang disebut sebagai kejam.

Akhir sekali ialah adanya unsur helah dan penipuan, jikalau ah Long penipuannya kerana tiada dokumen yang dimeterai ketika berlakunya pinjaman dan kononnya saling mempercayai antara dua pihak. Lain pula yang dilakukan dek PTPTpu, apabila berita mengembirakan diumumkan dalam beberapa media utama bahawa caj PTPTN akan diturunkan dari 3% ke 1%, maka berkobarlah sesetengah peminjamnya untuk mula membayarnya dek kerana terasa kurang tekanan deritanya. Malangnya caj 1% yang dijanjikan hanya diberikan untuk peminjam yang membayar secara konsisten. Tetapi bagaimana dengan peminjam yang segulung ijazah mereka masih belum diterima untuk menghasilkan pendapatan yang membolehkan mereka membayar semula pinjaman PTPTpu. Atau mereka yang lambat beroleh kerja, apatah lagi sepanjang beberapa tahun ini ekonomi kurang memberansangkan dan belanja hidup yang semakin meningkat. Ada pula yang mengikat perut kerana berazam untuk membayar PTPTpu ini. Bagaimana kualiti kerja akan meningkat jika pekerja yang tinggi potensinya terpaksa berlapar dan kurang berdaya. Disebabkan penipuan dan tekanan beginilah maka pilihan terbaik ialah mencari dan merebut peluang sekiranya ada cara mengembalikan PTPTN yang umpama ah Long kepada tabung biasiswa seeloknya dialu-alukan. Imbas kembali ketika pilihanraya umum yang lalu pasti anda mendengar tawaran seumpama ini....