Sabda dan Nasihat

Hadis Keempat:
Dari Ibn Umar r.a berakata, sabda Rasulullah s.a.w:
"Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah kamu menantikan waktu pagi. dan apabila kamu berada pada waktu petang maka janganlah kamu menantikan waktu pagi. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sihatmu, pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu." (Riwayat Bukhari)


Hadis Ketiga:
Menjadi yang terbaik......
Dari Abu Hurairah r.a, berkata, sabda Rasulullah s.a.w:
"Bukanlah dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis Kedua:
Daripad Shuhaib r.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w:
"Sungguh menakjubkan urusan orang Mukmin. Sesungguhnya semua urusanya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersukur dan itu kebaikan baginya. Dan, apabila ditimpa ujian (kesempitan), maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya. (Muslim, 8/25 dalam al-Zuhud)


Hadis Pertama:
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak ada Muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)