Ahad, 5 Julai 2009

Guru Bukan Balaci atau Pencacai Ibu Bapa Murid

Assalamualaikum.....Salam sejahtera

Maaf jikalau tajuk yang dilontarkan agak keras bahasanya kerana dari tajuk ini pembaca sudah dapat meneka maksud yang akan d sampaikan. Suka saya jelaskan inilah hakikat darjat guru-guru masa kini dan mungkin seterusnya, kerana ibu bapa sudah tidak tahu menilai kehadiran guru dan kepentingan mereka dalam menjana masyarakat yang berguna, selain hanya menjadikan kaum guru sebagai tempat untuk mengambil kesempatan. Sedarlah ibu bapa seandainya setitis ilmu yang terserap di dada anak anda tidak kami redhai, sekalipun anak anda menjadi Perdana Menteri maka dialah Perdana Menteri yang paling tidak berguna.

Dahulu

Suatu masa dahulu guru berada di tempat yang mulia kerana guru disanjung kerana gurulah pelita yang membakar diri demi menerangi kegelapan dan kejahilan anak kita menjadi manusia yang celik huruf dan berguna kini. Ketika itu guru dianggap pembawa kebenaran dan apa sahaja yang terbit dari lidah mereka dipegang serta diakui sebagai suatu ilmu. Guru dijadikan contoh dan menjadi rebutan anggota masyarakat untuk bersama mereka, tidak hairan kalau ada orang-orang tua dahiulu yang tidak segan menawarkan anak untuk dijadikan menantu kerana berbangga dapat bermenantukan seorang guru.

Sekarang

Ibu bapa yang kurang cerdik atau lebih tepat kurang berpelajaran bertindak membenarkan apa sahaja yang diadukan oleh anak tanpa terlebih dahulu mengkaji adakah ia benar atau salah faham, maka ibu bapa yang jahil murakkab ini bertidak menyerang guru, sama ada berbentuk tindakan fizikal atau ugutan. Ada pula waris yang cerdik sikit dari yang jahil murakkab yang menunggu kesempatan kalau-kalau boleh buat kes saman menyaman, nak cepat kaya agaknya.