Isnin, 24 November 2008

Bahaya Doktrinisasi Indon

Engak bisa...
Bikin panas...
Susah bangat...

Ungkapan-ungkapan tersebut bukanlah sesuatu yang asing dan sering didengari dari drama dan filem yang diimport dari "seberang". Bahkan sering juga menjadi permainan bahasa dari kalangan anak-anak. Hairan dan tertanya-tanya, apabila sahaja melintas di hadapan TV Panasonic ni asyik-asyik dengan drama bersiri dari "seberang". Bukanlah di sini untuk menghina bahasa dan loghat Indon yang digunakan, tetapi apakah kesan cerita, drama dan filem Indon ini memberi kesan positif terhadap mentaliti dan menambah nilai yang baik kepada anak-anak kita?.

Tidak dinafikan pihak penyiaran televisyen turut menyelitkan drama-drama Indon yang ada nilai keagamaan dan teladan. Tetapi hanya ditayangkan pada sebelah malamnya ketika anak-anak kita telah lama dibuai mimpi. Sedangkan drama seperti ini boleh memberi kesan terhadap diri mereka dan memantapkan keimanan terhadap balasan Allah jika melakukan kemungkaran dan kezaliman. Persoalannya, apakah pihak media ini hanya menayangkan drama yang memberi manfaat ini bukan pada waktunya semata-mata untuk menutup dakwaan kerana sengaja menayangkan drama indon yang tiada nilai moralnya pada waktu siang?

Selama ini kita memahami konsep menutup aurat, kita juga mengerti apakah batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram bahkan kita cukup pasti antara perkara yang haram dan yang halal. Tetapi sedikit demi sedikit kita semakin was-was dan ragu-ragu dengan kefahaman tentang hal hukum hakam setelah hadirnya aktor serta aktress keindonesiaan yang pelik. Mahunya tak pelik sedang mulut si aktressnya terbit kalimah Allah sedangkan rambut dan dadanya terpelahang menjolok mata, seketika air matanya bercucuran melecuni bumi dan tangannya diangkat menadah momohon pertolongan Allah tetapi sedih kalau pakainya elok sedikit jika dibandingkan daripada bertelanjang. Beginilah Islam Liberal yang cuba diterapkan kepada generasi muda masa kini. Bagaimanakah generasi yang rapuh kefahaman agamaannya akan menyokong sebuah negara Islam bernama Malaysia beberapa dekad mendatang?

Jika kita sama-sama berfikir demi masa depan anak-anak kita, adakah ini agenda tersembunyi yang akan menyebabkan generasi masa depan yang masih "rebung " ini terpesong sedikit demi sedikit daripada agama Islam?, agama yang menjadi teras kehidupan dan yang kita pertahankan walau tergadai harta dan nyawa. Apa yang dirisaukan juga, jika semua ini merupakan rancangan golongan yang bencikan survival Islam di muka bumi Malaysia ini khususnya. Berhati-hatilah kita wahai rakan seaqidah sekelian, musuh kita ini berusaha dengan apa jua jalan yang boleh merosakkan kita dan generasi pewaris agama dan bangsa kita.

Sekalipun kita (umat Islam) masih ramai di serata dunia, tapi ingatlah ramai bukanlah bererti kuat jika tidak bersatu. Dalam sebuah hadith yang mengambarkan umat Islam akhir zaman, baginda s.a.w. menjawab pertanyaan sahabat tentang ramaikah umat Islam ketika ini, maka sabda Baginda s.a.w: "Bahkan kamu (umat Islam akhir zaman) sangat banyak, tetapi kamu ibarat buih-buih ketika banjir, ketika itu Allah mencabut dari hati-hati musuh kamu rasa gentar terhadap kamu...". Pernahkah kita terfikir, generasi kita sudah semakin jauh dari kefahaman dan amalan yang didasari agama Islam. Sekularisme diam semakin membarah dan membutakan kebanyakan kita tentang hakikat Islam, apakah buta dan pekak Islam seumpama ini akan membawa kita menjadi Palestin kedua?

Pengakhiran dari peringatan ini, ayuhlah duhai saudara yang belum sedar....jika kita inginkan anak yang sebijak Imam Syafie janganlah kita lalaikan mereka dengan drama Indon di TV. Andai kita inginkan anak sehebat Ibnu Sina, jauhkanlah zuriat kita dari lalai dan leka dengan hasutan budaya hiburan terlampau yang durjana. Mari kita bina semula environment tarbiah Islamiyah yang diredhai Allah..

Tiada ulasan: