Selasa, 25 Ogos 2009

Minda Orang Kedah dan Perlis

Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pencipta setiap makhluk

Kedah dan Perlis bukanlah dua buah negeri yang berbeza pada asalnya kerana menurut sejarah lama Perlis juga sebahagian dari Negeri Kedah. Tidak ingin saya huraikan tentang sejarah silam atau menjadi pakar antropologi mahupun historis tetapi apa yang ingin dicetuskan di sini adalah tentang minda dua golongan, meskipun keduanya serumpun tetapi berbeza mindanya.

Apa yang saya timbulkan bukanlah suatu pemerhatian atau kajian yang tepat tetapi sekadar sekilas pandang setelah melihat beberapa kali perbezaan masyarakat di kedua-dua negeri ini.
Mudah-mudahan cetusan spontan ini boleh menyedarkan kita khususnya masyarakat Perlis Indera Kayangan ini atau mungkin lebih manis Darul Sunnah.

Kesinambungan idea ini timbul sangat berkaitan dengan H1N1 yang melanda negara kita sekarang ini dan kesedaran masyarakat dalam menangani musibah sebegini. Saya mula memikirkan tentang persoalan apakah sebilangan besar masyarakat di Negeri Perlis ini jenis yang degil atau adakah kebanyakan penduduk negeri ini sangat susah untuk menerima perubahan?

Apa yang dapat dilihat ketika saya berada di pusat-pusat memebeli belah antara di Kedah dan Perlis saya boleh melihat perbezaan antara pengunjung tempat-tempat ini, di Kedah lebih ramai yang memakai "topeng muka" (face mask) sebagai langkah pencegahan H1N1 berbanding negeri Perlis, bahkan pernah terdengar suara ketika saya sedang membeli juadah berbuka di satu tapak jualan di Perlis ini, katanya "buat apa pakai topeng, bukannya kita sakit".

Banyak lagi perbezaan yang ada anatara dua negeri ini kalau hendak dibandingkan, sekalipun serumpun dari segi bangsa, slang atau telor bahasanya tetapi sangat berbeza dari sudut mindanya. Suka disimpulkan di sini, sedar dan berubahlah penduduk Perlis yang belum sedar di mana kedudukan kita (Rakyat Perlis). Meski negeri kecil tetapi di mana kemajuan fizikal yang boleh dibanggakan. Di manakah tokoh dan ilmuwan kita yang sudi memimpin dan menasihati kejahilan penduduk negeri ini? melainkan dipinjam dari negeri orang.

Fikirlah sahabat-sahabat senegeriku, buktikan kebenaran dan kenyataan kita adalah Darul Sunnah yang sebenar, berubahlah dari kejahilan kepada kebenaran.

Tiada ulasan: