Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1 Peringatan Allah kepada yang lupa





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Sebagai permulaan kalam bicara ingin saya petik satu firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia : Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”
Sedang kita menangisi kematian dan kesakitan akibat serangan wabak merbahaya yang pelbagai gelaran khususnya H1N1 atau pun selsema babi ketika ini, seharusnya kita bersyukur juga kerana Allah masih mengirimkan "musibah" seperti ini agar kita sama-sama menyedari kealpaan dan keingkaran kita dalam melaksanakan perintahNya. Allah s.w.t telah memberikan pelbagai nikmat kepada manusia sepanjang menyelusuri kehidupan, tetapi malangnya manusia semakin lupa dan jauh daripadaNya.

Ayuh kita fikirkan mengapa "tentera Allah" ini bermula dari negara-negara Eropah sedangkan mereka sangat terkenal dengan penjagaan kebersihan hatta tandas sekalipun selalu diibaratkan bilik tidur.(llink: http://pak-utih.blogspot.com/2009/05/misteri-asal-usul-virus-h1n1-swine-flu.html) Bukankah negara-negara ini yang menjadi dalang dan penyumbang besar dalam agenda kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin bahkan menjadi pelopor kepada propaganda "Kuffar laknatullahu a'laihim" meranapkan kebangkitan Islam seluruh dunia. Tidakkah merekalah yang menjadi nadi utama menyuburkan Islamofobia dengan mengatur segala kejahatan yang diletakkan atas nama Islam, sehingga seluruh dunia memandang hina kepada Islam, bahkan umat Islam sendiri meminggirkan Islam. Sedikit sebanyak anda dapat meneka jawapan terhadap persoalal-persolan ini.

H1N1 Sebagai Balasan Allah

Saudara-saudari yang dirahmati Allah, fikirkan sejenak kedatangan ujian dan dugaan seperti ini adakah sebagai balasan Allah kepada manusia yang ingkar terhadap perintahNya. Jawapannya jelas berada di hadapan, realiti semasa menunjukkan keangkuhan manusia melanggar perintah Allah secara terang-terang. Bermula dari pucuk pimpinan yang sanggup menolak hukum Islam dalam kata-kata mereka, sehingga para ulamak yang berfatwa kerana menjaga 'periuk nasi' dan demi memenuhi 'temolok' yang tidak pernah penuh, begitu juga rakyat yang juga masyarakat yang semakin menyanggahi moral kemanusiaan dan menjadi buta adat resam sendiri. Apatah lagi, remaja yang sentiasa 'kebulur' akan hiburan yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Sedarlah semua itu merupakan agenda Kuffar yang mahu menghapuskan mentaliti keIslaman di dalam jiwa generasi kita, seterusnya akan datang pula agenda Kuffar yang akan menghapuskan terus jiwa kita seperti mana yang dilakukan di Palestin dan seumpamanya. Sekiranya ini merupakan Bala' kerana kita turut bersubahat dan bersekongkol dengan Kuffar (Yahudi dan Kristian) maka patut kita sedari dan muhasabah kembali tentang wala' atau kepercayaan yang kita berikan kepada pemimpin tersebut sebelum bala' yang lebih besar mendatang.

H1N1 Satu Peringatan Allah

Allah s.w.t. sering mengingatkan manusia agar sentiasa berfikir yang mana banyak terdapat di dalam al-Quran apabila perkataan seperti "mudah-mudahan kamu berfikir" dan seumpamanya, Tetapi malangnya hanya segelintir yang membaca dan cuba memahami ayat-ayat Allah itu. Oleh kerana kemalasan manusia dan memandang enteng terhadap peringatan Allah, maka tidak hairanlah sekiranya Allah s.w.t mengirimkan peringatan seumpama wabak H1N1 ini supaya manusia kembali memikirkan kekuasaanNya yang Maha Hebat. Namun kita masih hairan dengan sikap angkuh manusia terutama yang mengakui keimanannya kepada Allah, mereka masih meletakkan logikal akal sebagai pengukur kepada kedatangan wabak ini, tanpa memikirkan siapakah yang berkuasa mendatangkan wabak H1N1 ke atas manusia. Adakah ini sifat Mukmin atau sifat Munafik (lidahnya mengakui beriman sedangkan hatinya kufur)?.


Sedarlah sahabat-sahabat bahawa sekiranya kita kembali berfikir dan mengambil sikap bermuhasabah di atas apa jua yang diciptakan Allah sama ada ia berbentuk positif atau tidak nescaya kita akan merasakan kecil serta kerdilnya kita berbanding kekuasaanNya yang Maha Hebat. Percayalah bahawa setiap kejadian yang Allah ciptakan itu tidak diciptakan dengan sia-sia.






Tiada ulasan: