Sabtu, 31 Januari 2009

PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG TIDAK AMANAH

Moga beberapa senario yang telah berlaku ini menjadi renungan bersama dan menjadi teladan buat mereka yang membaca.

1. Kebenaran ini berlaku sepanjang cuti hari Raya Aidilfitri tahun 1429 Hijrah, seorang jiran ini merupakan Pegawai di Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang balik bercuti lebih kurang seminggu di sini. Apa yang menghairankan sepanjang seminggu bercuti di sini tiada satu malam pun yang sunyi dari bunyi letupan mercun bahkan letupan mercun silih berganti hingga 2,3 jam lamanya. Bayangkan satu malam meletup hingga 20 hingga 40 jenis mercun, sudah tentu kos pembelian mercun (bagi satu malam) sudah ratusan ringgit, andai kata 5 hingga 7 malam mercun diletupkan dan jumlah belian mercun sudah tentu mencecah ribuan ringgit. Adakah logik seorang pegawai biasa mampu berbelanja ribuan ringgit untuk membeli mercun? soalan seterusnya ialah dari mana dia mendapatkan begitu banyak mercun? Bukankah UPP sendiri yang menghalang kemasukan ke negara ini? Adakah dia menerima rasuah yang begitu banyak hingga mampu membeli begitu banyak mercun? atau adakah UPP merampas mercun demi kegunaan sendiri dan suku sakat mereka?

2. Sewaktu saya menjaga ibu sedang terlantar di Hospital Tengku Fauziah baru-baru ini maka tersembanglah dengan seorang pakcik pesara Polis dari Padang Besar katanya. Baru-baru ini anaknya kemalangan motorsikal kerana terbabas dan melanggar sebuah batu pembahagi jalan raya. Maka atas kesedaran dan tanggunjawab si pakcik ini membuat laporan Polis tetapi malangnya anaknya yang dah malang kerana kemalangan tadi disaman pulak RM 300 walaupun semua dakumen dan tiada kesalahan dibuat melainkan kemalangan semata-mata. Kesian, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kalau bekas Polis sendiri mempertikaikan tindakan tersebut apatah lagi kita sebagai orang awam.

3. Polis sengaja membuat perangkap duit (saman) dengan melakukan beberapa perkara di sekitar Perlis, wahai rakyat Perlis marilah kita lihat. Yang pertama ialah, di hadapan Balai Polis Kangar cuba lihat apabila kenderaan 4 roda melalui hadapan bangunan MPKps akan melepasi satu simpang 3 dan tiba-tiba satu kotak kuning besar berhadapan pintu pagar Balai Polis, beberapa meter dari petak kuning tersebut terdapat trafficlight, seandainya lampu isyarat tersebut merah maka kereta terpaksa berhenti hatta di atas petak kuning tersebut. Maka keluarlah sang Polis berbaju putih dan but panjang hitamnya mengeluarkan saman, walaupun betul kenderaan tersebut bersalah tetapi yang menyebabkan kesalahan adalah Polis yang meletakkan petak kuning 'sebesar alam' berdapan dengan lampu isyarat. Kes kedua terdapat beberapa sekolah yang sengaja dirisikokan jalannya umpamanya jalan dihadapan Sek. Keb Arau dan Sek. Men. Keb Arau, setakat ini sudah dua kes melibatkan staf sekolah kemalangan dengan orang awam dan melibatkan saman polis sehingga RM 9000.00 seorang. Kemalangan ini yang berlaku bukanlah kesalahan pemandu semata-mata tetapi berkaitan dengan pihak pembuat jalan dan juga polis. Persoalannya mengapa di hadapan jalan untuk meyimpang masuk ke laluan sekolah 'double line' sedangkan itulah jalan yang ada jika datang dari Jalan Kodiang? Selain itu mengapa tidak ada belang kuning dan tanda had kelajuan 30 km/j terutamanya yang datang dari Pekan Arau? Rakyat dan masyarakat dijadikan mangsa undang-undang bangang ciptaan manusia yang tidak adil. Sekalipun untuk kemaslahatan orang ramai mengapa langkah pencegahan tidak dibuat dengan sempurna seperti tanda perlahankan kenderaan dan sebagainya. Dinamakan kemalangan pun kerana ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan, sedangkan Allah mengampunkan perkara yang tidak disengajakan inikan manusia yang dicipta Allah bernama Polis atau Hakim. Ingatlah dalam sebuah Hadis Baginda s.a.w pernah menyebut bahawa "Daripada 3 hakim, 2 dari mereka berada di dalam neraka."

1 ulasan:

Unknown berkata...

Itulah beza antara penguatkuasa undang2 dan penggubal undang2.

Penggubal undang2 punya salah, penguatkuasa undang2 terima bala