Ahad, 14 Disember 2008

2 golongan utama punca manusia rosak




"Dua golongan apabila baik mereka ini maka baiklah manusia, tetapi apabila rosak dua golongan ini maka rosaklah manusia, tidak lain dan tidak bukan ialah Ulama' dan Umara' (pemerintah)"- Mafhum hadith.

Kegawatan ekonomi yang melanda dunia masa kini bukanlah satu isu yang asing, bahkan hampir semua peringkat masyarakat dan rakyat jelata mengetahui serta merasai keperitannya. dek kerana manusia yang semakin rakus membolot nikmat dan kurnian-Nya yang tidak terhingga, maka rasakanlah akibatnya meskipun yang tidak bersalah juga turut merasai azabnya. Sesuailah kalau terungkap bahasa "padan muka korang dan muka aku sekali"!!.

Sebenar yang benarnya, apa yang suka disentuh di sini ialah tentang kisah rakyat berlapar demi mengenyangkan temolok stokin puak pemerintah, dalam suatu temu bual dalam media utama pada satu pagi jumaat lalu. Temu bual yang berlanjutan lebih kurang 30 minit atau lebih itu menampilkan orang penting daripada satu Kesatuan Pengguna sebagai jemputan. Menariknya apabila pengacara mengutarakan soalan selepas satu tayangan temubual tentang kesan penurunan harga minyak, soalan yang timbul apabila timbul suatu pendapat bahawa tiada ertinya minyak turun sepuluh sen kalau harga barang naik. Jawapan yang diberikan oleh si jemputan ialah orang ramai perlu merancang pembelian dan memboikot sesetengah barang yang terlampau tinggi harganya, dicadangkan juga agar berpuasa dari memakan sesetengah barang yang mahal katanya. Logik dan masuk akal juga cadangan tersebut, sebaliknya boleh menyakitkan hati seandainya rakyat berpuasa disebabkan kebedohan (bengong+bodoh) sang pemerintah.

Daripada mafhum hadith di atas suka saya huraikan dua golongan utama dalam sesebuah masyarakat. Yang pertama ialah Ulama', pada hemat saya di dalam realiti negara Malaysia Islam kini sesuai jika dibahagikan dua jenis ulama yang paling jelas. Satunya ialah Ulama al-Haq dan keduanya Ulama as-Su'. Dari sudut istilah yang dinyatakan tersebut kita sudah mampu memahami bahawa Ulama yang pertama memperjuangkan kebenaran yang nyata berpandukan sumber syarak dengan mengutamakn kepentingan agama daripada kepentingan peribadi. Sebaliknya Ulama as-Su' yang mempergunakan agama demi memenuhi kepuasan serta kepentingan diri. Antara contoh ulama yang rosak ialah pendakwah yang berilmu tetapi bersikap
mengampu pemerintah yang jahat, mereka yang kononnya memperbetulkan kefahaman Islam tetapi bertopengkan Orientalis sepert SIS dan Kassim A dan juga Kepala Bapak-bapak Menteri (Kepala=Ketua-bhs Indon) yang berani menolak fatwa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sertamereka yang seangkatan dengannya.

Tiada ulasan: